Hollywood

Paris Hilton Jadi Ibu Angkat Haiwan Lepas Rumah Musnah Dalam Kebakaran LA

gempak
Maliah Surip
14/01/2025
15:25 MYT
Sponsor Banner
Paris Hilton Jadi Ibu Angkat Haiwan Lepas Rumah Musnah Dalam Kebakaran LA
Paris Hilton diketahui sebagai seorang pencinta haiwan. Selepas berjaya membawa bersama empat ekor anjing peliharan menyelamatkan diri sebelum kediamannya musnah dijilat api kebakaran Los Angeles, Hilton kini menjadi sukarelawan.
Menerusi perkongsian terkini di Instagramnya, Hilton memaklumkan telah bergabung dengan organisasi bukan kerajaan Pasadena Humane Society dalam usaha mereka menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada haiwan yang kehilangan tempat tinggal.
“Saya berada di Pasadena Humane Society dan membantu mereka menyelamatkan serta mencari perlindungan buat haiwan yang terselamat dalam kebakaran.
“Jika anda ada kehilangan atau mahu membantu haiwan yang lain boleh hubungi organisasi ini,” ujar Hilton seperti dilaporkan People.
Menurut bintang Simple Life itu, dia juga telah mengambil seekor anjing bernama Zuzu sebagai anak angkatnya.
“Menjadi keluarga angkat adalah penting untuk pemulihan sementara haiwan-haiwan ini. Anda juga boleh berbuat demikian,” katanya lagi.
Sebelumnya wanita berusia 43 tahun itu sudah menderma sebanyak $100,000 yang diagihkan kepada mangsa kebakaran.

BERITA TRENDING: Netizen Pertikai Beri Anak Makanan Korea, Ryzal Ibrahim Tak Berdiam Diri - “Nak Mencarut Tak Baik, Tapi Saya Bagi…”

BERITA TRENDING: Bakal Bernikah Tak Lama Lagi, Jofliam Kini Bahagia! Nafi Bersekedudukan Dengan Dewi - “Selalu Datang Tapi Tak Pernah Tidur Rumah”

BERITA TRENDING: Wanita Kahwini Patung Mengaku Diri Mengandung

BERITA TRENDING: Gus Miftah Kembali Aktif Berdakwah, Bagi Ceramah Di Kelab Malam

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024