,
Laman Utama

“Para Ulama & Pakar Perubatan Telah Sepakat” - Vaksin Dah Bermula, PU Amin Mahu Semua...

Hanafis Haris
24/02/2021
09:50 MYT

Penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin mengharapkan agar dunia kembali sihat sejurus pelaksanaan program vaksin COVID-19.

PU Amin meluahkan perkara berkenaan menerusi satu posting terbaru di Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi posting berkenaan PU turut memuat naik gambar gambar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disuntik vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Menurut PU Amin, selepas bermulanya program vaksin pada hari ini, kita sebagai umat Islam harus ikhtiar sebaik mungkin.

“Para Ulama dan Pakar perubatan juga telah sepakat untuk menjayakannya bersama.

“Semoga Allah melindungi kita semua. Semoga dunia kembali sihat. Semoga ibadat dapat dipertingkat.

“Usaha dan doa telah kita lakukan. Kini bertawakal mengharap belas dan kasihan dari Tuhan sekalian alam,” katanya.

Posting tersebut kemudian disambut baik oleh ramai pengikut Instagramnya.

Kebanyakannya memuji Muhyiddin Yassin yang turut digelar ‘abah’ kerana telah menyempurnakan fardu kifayah selaku pemimpin negara.

“Secara tak langsung Tok Abah kita dah sempurnakan fardu kifayah.”

“Moga baik-baik saya untuk abah.”

“Golongan anti-vaccine jangan sibuk hasut orang. Tak nak ambil sudah” tulis beberapa netizen.

Untuk makluman, hari ini Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia disuntik vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Muhyiddin disuntik di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11 jam 2.42 petang oleh jurusuntik yang dilantik Kementerian Kesihatan, Lina Ibrahim yang juga merupakan Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

BACA : VIDEO: PM Jadi Orang Pertama Disuntik Vaksin

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.