,
Hiburan

“Papa Harap Perkara Ni Tak Ganggu Bisnes Papa” - Foto Mustapha Kamal Bancuh Air Buat Netizen Terhibur

Azwa Rahman
24/09/2019
05:33 MYT
Pelakon senior Mustapha Kamal mencuri tumpuan netizen apabila sekeping fotonya beraksi menyediakan air teh tarik tular di media sosial.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi foto tersebut menerusi satu kicauan.
“Bukti ekonomi sedang dalam kegawatan,” tulis pengguna tersebut dalam nada humor.
Sebelum ini, Mustapha begitu sinonim dengan watak orang kaya, Tan Sri mahupun pengerusi syarikat dalam kebanyakan drama melayu. Meninjau respon orang ramai, netizen berkongsi dialog jenaka yang mereka cipta sendiri berdasarkan situasi pelakon tersebut.
“Teh tarik for you boboy as long as benda ni tak menggangu bisnes papa,” komen seorang netizen.
“Papa nak boboi tengok betul betul. Belajar betul-betul cara papa bancuh tarik air ni . No excuses! Ini melibatkan business juta,” tulis seorang netizen.
“Papa terpaksa jual teh tarik, dan lupakan sarapan pagi bersama segelas oren jus. Ini semua salah anak-anak leka bercinta dengan gadis miskin dan terpaksa menanggung keluarga gadis yang ada ayah sakit tenat. Adik-adik pulak semua masih belajar, demi cinta anak dan papa berkorban,” reka seorang netizen lagi.
Malah, ada warga maya yang berjenaka ‘papa’ kini terpaksa minum teh tarik dan bukan lagi jus oren seperti dalam drama lakonan Mustapha.
Kicauan itu sehingga kini mendapat hampir 7,000 ulang kicau dan lebih 5,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.