,
Hiburan

Panik! Hidung Anak Dimasuki Manik, Farhan Terpaksa…

Syafiqah Jalal
13/08/2020
11:00 MYT
Penyanyi Farhan Azizan melalui detik cemas apabila mendapati sebiji manik telah memasuki hidung anak keduanya, Orkeyd Fatheema, 2, semalam.
Menceritakan insiden tersebut, bintang Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu hanya menyedari manik di dalam hidung anaknya selepas Orkeyd mengadu ada sesuatu di mulutnya.
“Selepas selesai solat Asar semalam saya sedar manik tasbih berterabur kerana kedua-dua anak saya berebut dan menariknya sehingga talinya putus.
“Jadi saya pun kutip lah semua dan buang. Mereka pun main macam biasa seperti tiada apa yang berlaku.
“Malam tu selepas makan, Orkeyd tunjuk ada sesuatu di gigi dia. Jadi suami pun baringkan dia untuk lihat di dalam mulut tapi kebetulan ternampak sesuatu dalam hidung dan ia adalah manik tasbih tu.
“Saya terus cemas sebab ia pertama kali kejadian ni berlaku pada anak-anak saya. Saya guna pelbagai alat untuk keluarkan manik tu tapi tak berjaya kerana ia tersekat,” katanya
Farhan dihubungi Astro Gempak selepas berkongsi gambar dan menunjukkan hidung anaknya yang tersumbat dengan manik tersebut di Facebook.
Menurut Farhan dia dan suami lega kerana doktor kesan hanya satu biji manik sahaja didapati berada di dalam hidungnya
“Kami terpaksa bawa dia terus ke hospital dan Alhamdulilah doktor berjaya keluarkannya.
“Doktor kesan hanya ada satu biji di dalam hidungnya tetapi doktor meminta kami datang semula ke hospital jika dalam masa tujuh hari nafasnya berbau dan dia sudah tidak aktif atau ada sebarang perubahan yang berlaku.
“Alhamdulilah, sekarang ni Orkeyd nampak baik-baik sahaja dan ceria seperti selalu,” katanya lagi.
Mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku, Farhan sempat memberi pesanan khas buat ibu bapa.
“Saya faham sebagai ibu, kita ni ibu banyak kerja di rumah sehinga kadang-kadang boleh terlepas pandang apa yang anak kita lakukan, jadi nasihat saya selalulah perhatikan anak-anak kita terutama yang masih kecil.
“Selain itu, cuba elak dedahkan anak kepada barang-barang yang membahayakan serta barang kecil yang ada potensi untuk mereka masukkan ke dalam anggota badan seperti hidung , mulut, telinga dan sebagainya,”pesannya.
Farhan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Rashadan Suhaimi pada Oktober 2014.
Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak Souffea Zulaeqha berusia 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar