,
Laman Utama

Pandemik COVID-19 Beri Kesan, Suami Isteri Ini Jual Pau RM1 Untuk Kelangsungan Hidup

Awani
13/06/2021
12:02 MYT
Sejak berhadapan pandemik COVID-19, pelbagai usaha dilakukan oleh orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup, terutamanya bagi golongan yang kurang mewah.
Begitu juga dengan kisah sepasang suami isteri dari Kemaman ini yang hanya menjual pau pada harga hanya RM1.
Khairul Aziman Mohd Zin dan Isterinya, Norhamiza Halim sebelum ini berniaga mee kawah di pasar malam sekitar daerah Kemaman dan Kuantan, Pahang terpaksa menutup perniagaan berkenaan.
Kesukaran yang dialami itu memaksa pasangan berkenaan nekad untuk menjual kuih pau RM1 di tepi jalan selepas kehilangan punca rezeki akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untung tu sedikit sahaja tetapi saya oleh kerana saya fikir ramai yang juga yang terkesan, saya reda.
"Janji buat masa ini saya masih ada pendapatan dan pada masa yang sama dapat membantu orang ramai dengan harga pau murah ini," katanya.
Khairul Aziman berkata pau yang dijual dengan harga RM1 bukan untuk mencari keuntungan semata-mata namun mereka juga berniat untuk beramal dan bersedekah setelah melihat penderitaan sesetengah masyarakat yang terkesan akibat kehilangan kerja sejak PKP dilaksanakan.
Katanya sebelum PKP penuh dilaksanakan dia dapat menjual kira-kira 800 biji pau sehari menggunakan 25 kilogram tepung, tetapi semenjak semua pasar malam tidak dibenarkan beroperasi dia hanya mampu menjual separuh daripada jumlah tersebut.
Bapa kepada dua anak yang berusia 10 dan enam tahun itu berkata, pau yang dihasilkan mempunyai pelbagai perisa termasuk inti rendang daging, ayam, coklat, Carbonara, kaya, jagung, sambal bilis, sardin, kelapa dan kacang merah dijual dengan harga hanya RM1 bagi sebiji pau berbanding RM2 sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Ada Orang Minta Minyak Wangi Jenama Nidza Afham, Kakak Luah Rasa Kecewa - “Saya Meniaga Untuk Cari Rezeki, Awak Rasa Okay Ke Tanya Benda Macam Ni?”

gempak
19/08/2024
09:25 MYT
Kakak kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie meluahkan rasa geram dengan sikap sesetengah pihak yang seolah-olah mempermainkan kematian adiknya.
Viral

Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

gempak
11/07/2024
10:22 MYT
Salah seorang daripada peniaga durian tular yang dikenali sebagai Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau Irfan tampil membuat permohonan maaf susulan kandungan berniaga separuh bogel yang dimuatnaik oleh pihaknya disalahertikan oleh beberapa pihak.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.