Laman Utama
Pamer Aksi Mesra & Panggil ‘Sayang’, Netizen Mahu BCL Berpasangan Dengan Reza Rahadian
Penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) mencuri perhatian ramai apabila meluahkan ucapan ulang tahun kelahiran dengan gelaran ‘sayang’ buat aktor kacak Reza Rahadian dalam sebuah majlis yang diraikan pada 5 Mac lalu.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sebuah tangkapan skrin serta rakaman video yang diambil daripada IG Story BCL menyaksikan aksi mesra kedua bintang popular itu tular.
Menerusi perkongsian itu lagi, mereka berdua dilihat bermesra sambil diiringi lagu cinta berjudul Kasmaran yang dipersembahkan oleh penyanyi popular Jaz Hayat.Go couple pic.twitter.com/WZBzJj756E— brgsjks (@brgsjks) March 5, 2022
Dengan aksi mesra yang ditonjolkan, ramai wargamaya mencadangkan agar Reza berpasangan dengan BCL selepas pelantun lagu Wanita Terbahagia itu kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair genap dua tahun lalu.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang berpendapat pasangan tersebut lebih kepada sahabat baik dan mencadangkan BCL sesuai jika bersama dengan vokalis kumpulan Noah, Ariel.
“I am genuinely happy if they are really together,” komen seorang wargamaya.
“Good to see her loving someone again. Tbh, he is so attractive and shows a “good man” vibe,” kata seorang wargamaya.
“No please! I wish she with Ariel Noah,” ujar seorang wargamaya.
“Indonesia memang standard panggil sayang. Takde apa pun,” tulis seorang wargamaya.
“Rasanya macam tak tu. boleh tengok story full caption BCL je cakap sayang, tapi kawan je kot,” sokong seorang wargamaya.
“Sebab tu semua pekerja perlu jaga hubungan dengan boss. Jangan terlampau rapat. Boleh jadi masing masing akan menyimpan perasaan,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 9,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Untuk rekod, Reza dan BCL masing-masing pernah bergandingan menerusi filem Habibie dan Ainun, My Stupid Boss dan My Stupid Boss 2.
Sekadar info, Allahyarham Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Ashraf berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun.
Must-Watch Video