gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sambut ‘Birthday’ Bersama, Anak Sulung Fizo Omar Siap Beli Hadiah Untuk Adik-Adik - “Maryam Bagus, Dia PIlih Sendiri…”
HIBURAN
Ungku Ismail Wujudkan Aplikasi 'Power Congak' Sebab...
HIBURAN
Lagu Istimewa Hadiah Buat Peminat, Ini Janji Anuar Zain Untuk Konsert Empat Live In Kuala Lumpur - “Keutamaan Saya Adalah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pakai ‘Winter Coat’ Ketika Musim Panas Di Paris, Aina Abdul Anggap Komen Netizen Sebagai Jenaka - “Badan Kita Dek…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
30/06/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Pakai ‘Winter Coat’ Ketika Musim Panas Di Paris, Aina Abdul Anggap Komen Netizen Sebagai Jenaka - “Badan Kita Dek…”
Penyanyi, Aina Abdul akui tidak sangka gayanya ketika bercuti di Paris baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Bagaimanapun, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani tidak mahu ambil pusing dengan komen yang diberikan malah menganggap ia sebagai satu jenaka sahaja.
“Saya memang tak sangka, saya post tu sebab saya nak post macam orang lain dekat sosial media. Saya tak sangka itu yang mereka pick up jadi saya anggap perkara itu sebagai satu jenaka sahaja. Mereka ada pendapat saya juga ada pendapat saya sendiri,” katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, pelantun lagu Gentayangan itu akui selesa berpakaian seperti itu dan bukan niat untuk menjadi buah mulut netizen.
Jelas Aina, pemakaian jaket sejuk itu adalah salah satu kaedah untuknya mengurangkan berat badan.
“Badan kita dek (berseloroh).Saya kalau dekat Malaysia pun saya pakai winter coat tau orang je tak nampak. Tak adalah sebenarnya itu adalah cara untuk saya lose weight juga sebenarnya sebab bila saya berpanas-panas saya akan cepat turun berat tapi mungkin orang tak percaya.
“Tapi ia bukan untuk viral atau apa, saya memang selesa berpakaian seperti itu mungkin orang kata sana pun kata apa dia ni pakai macam tu, saya okay dan saya sejuk masa tu nak buat macam mana.
“Sebenarnya pada ketika itu cuacanya ala-ala di Malaysia tapi angin dia tidaklah bahang kalau kena kulit tu tetap rasa sejuknya sebab tu pakai winter coat. Bukan tebal pun coat saya tu nipis je,” kongsi Aina.
Terdahulu, nama Aina Abdul sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas berkongsi beberapa keping gambar ketika bercuti di Kota Cinta.
Apa yang menarik perhatian netizen itu adalah apabila Aina memakai Jaket Sejuk meskipun cuaca pada itu kelihatan agak panas.
Topic Berkaitan
#Fesyen
#Paris
#Aina Abdul
#Winter Coat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement