,
Laman Utama

"Pakai Niqab Tapi Kaki Nampak Tak Pakai Stoking" - Video Tular Di Twitter, Jue Aziz Sudah Berpurdah?

Amri Hassan
08/02/2021
13:50 MYT
Tular sepotong video memaparkan seorang wanita berniqab di Twitter baru-baru ini. Mengejutkan apabila wanita berkenaan disapa dengan panggilan Jue Aziz.
Malah, dalam video berkenaan juga, wanita berpurdah hitam itu mengulas mengenai tawaran berlakon drama dengan imej terbaharunya.
Tapi kan!! betul ke dia ni Jue Aziz? Pakai niqab tapi kaki nampak tak pakai stoking mcm mana ni? dia sungguh berniqab ke ikut trend si lopak berniqab? Sbb dah byk dah yang buat mcm tu kan? ? pic.twitter.com/FbwvMmARoU— ???? ???? ???? ² ?? (@Aleaavendaaa) February 7, 2021 Jika sekali imbas, matanya saling tak tumpah dengan pelakon Jue Aziz, hal sama diperakui warganet yang terkejut dengan perubahan pelakon itu.
Bagaimanapun, tampil mengulas perkara berkenaan, pengasas produk Diamond Gold Beauty, Nur Qaseh Aleeya memberitahu video berkenaan hanyalah dirakam atas tujuan berseloroh bersama kakitangannya.
"PA saya, Sarah maklumkan video gurauan kami viral dan nasihatkan saya jangan tengok komen takut saya tak kuat.
"Senyap-senyap saya siasat, Masya-Allah menggigil satu badan dibuatnya rasa nak pitam!
"Paling sedih sekali part tak pakai stokin walhal berniqab! Saya pakai stokin cuma warna skin colour.
"Sebelum saya menjelaskan secara lanjut, nama saya Nur Nazirah Aleeya. Saya bukanlah pelakon Jue Aziz, sebaliknya adalah pengasas Diamond Gold Beauty.
"Untuk pengetahuan ramai video saya yang tular semalam adalah video gurauan antara saya sebagai majikan dengan staff saya.
"Jujur cakap, saya tiada pertalian darah langsung dengan Jue Aziz. Cumanya, saya biasa terima usikan daripada staff dan kebanyakan orang yang bertemu saya. Mereka kata wajah dan suara saya ada iras Jue Aziz," jelasnya.
Selain itu, Nur Qaseh Aleeya yang baru dua bulan berniqab turut disamakan dengan pelakon Datin Sri Zizie Ezette.
Justeru, Nur Qaseh Aleeya memohon maaf kepada pelakon terbabit atau pihak yang tersinggung dengan gurauannya.
"Apapun saya nak minta maaf kepada Jue Aziz atau sesiapa saja yang tersinggung dengan gurauan kami," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.