,
Laman Utama

Pakai Mask Pun Hensem? Netizen China Dah Jatuh Cinta, Stalk Gambar Kacak Welson Sim!

Hanafis Haris
26/07/2021
04:21 MYT

Siapa sangka atlet renang Malaysia, Welson Sim telah berjaya membuatkan ramai gadis di China ‘jatuh cinta’ apabila gambarnya tular di platform media sosial Weibo.

Biarpun memakai pelitup muka ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo, namun ia tidak menghalang warganet China untuk melakukan carian mengenai atlet berusia 24 tahun itu.

Menerusi pemantauan Gempak, rata-ratanya memuji penampilan Sim yang segak ketika acara tersebut.

Malah, kekacakan wajah Sim menjadi topik perbincangan hebat apabila lebih banyak gambarnya dimuat naik di platform berkenaan.

“Sekali pandang dah jatuh cinta.”

“Lelaki kacak dari Malaysia. Lelaki yang berenang sangatlah tampan.”

“Tampan yang tidak dapat disembunyikan walaupun dengan mask! Awak kelihatan lebih baik jika mask dilepaskan,” tulis beberapa netizen di Weibo.

Sekadar info, Sim dilahirkan pada 1997 di Sarawak dan merupakan atlet perenang Malaysia.

Sebelum ini, dia pernah bertanding dalam pelbagai acara berprestij termasuk Sukan Olimpik pada 2016.

Untuk Olimpik Tokyo, Sim sekali lagi mewakili Malaysia dalam kategori gaya bebas renang 200 meter(m) dan 400m lelaki.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.