,
Berita

“Pakai Mask Muka Sepanjang Dalam ‘Labour Room’”- Bersalin Ketika PKP Tanpa Suami, Mon Ryanti Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga

Syafiqah Jalal
17/05/2020
23:13 MYT
Pelakon Mon Ryanti akui pengalaman bersalin anak ketiga ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sangat mencabar dan menduga kesabarannya.
Menurut Mon hospital menetapkan banyak peraturan ketika melahirkan bayi lelakinya kerana ia masih dalam tempoh PKP sewaktu bersalin 7 Mei lalu.
Antara peraturannya adalah terpaksa melalui ujian COVID-19 serta dia terpaksa mengharungi waktu getir itu tanpa suami disisi.
“Pada 7 Mei lalu saya sudah mula rasa kontraksi pada jam 6 petang lebih. Namun sempat berbuka kerana tidak mahu ganti puasa yang banyak kelak.
“Ketiga-tiga anak tiada tanda darah atau apa untuk bersalin, cuma sakit pinggang. Jadi selepas berbuka terus ke hospital.
“Tiba di hospital pada jam 8 malam, jururawat di kecemasan meminta untuk buat pemeriksaan COVID-19 sebelum masuk. Agak pelik ya, kita ni dah sakit nak terberanak suruh buat test itu pula.
“Jika keputusan positif tidak dibenarkan untuk ditahan dalam ward. Masalahnya keputusannya dalam 72 jam lagi. Masa tu daripada sakit terus hilang kejap rasa kontraksi.
“Berair air mata sehingga nak termuntah sebab memang panjang yang alat yang dimasukan dalam hidung dan mulut tu,” tulisnya.
Mon berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pelakon Jangan Pandang Belakang Congkak itu terpaksa melahirkan anak ketiganya di Johor selepas terkandas di kampung halamannya sebelum PKP Mac lalu.
Menerusi entri Mon yang seterusnya, pelakon itu bercerita mengenai pengalamannya yang bersalin tanpa suami disisi serta terpaksa mengikut peraturan lain termasuk memakai topeng muka sepanjang berada di dalam dewan bersalin.
“Dalam jam 9 malam masuk ke dewan bersalin dan setelah diperiksa bukaan sudah 8 sentimeter (sm). Tak terasa mungkin kerana panik selepas buat pemeriksaan COVID-19 itu.
“Sepanjang berada dalam dewan bersalin, ada dua jururawat yang menemani saya.
“Paling sedih, suami tidak dibenarkan masuk dan hanya berada di depan pintu dewan bersalin sahaja. Gas yang saya panggil macam dadah (tak pasti apa namanya) itu untuk tahan sakit juga tak dibenarkan ambil.
“Sepanjang PKP ini memang banyak peraturan yang ditetapkan. Antaranya memakai topeng muka sepanjang berada di dalam dewan bersalin. Ia memang sangat menduga diri apabila melakukan semuanya sendiri. Jadi saya panik.
“Tapi sokongan suami melalui aplikasi Whatssapp serta sokongan 2 jururawat yang tak henti beri kata-kata semangat dan dengan pertolongan doktor saya dapat harungi semua itu.
“Alhamdulilah tepat 11.29 malam saya selamat lahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.3 kilogram secara normal.
“Ia proses bersalin yang sangat cepat dan mudah. Anak saya selamat dan sihat,” katanya lagi.
Terdahulu, Mon Ryanti mendirikan rumah tangga bersama suaminya,Mohd Hasrul pada September 2014. Sebelum ini keduanya sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

LABOUR ROOM ⬇️⬇️⬇️ • Then dlm 9lbh masukla LR check CTG. Mmg ada contraction nurse2 dlm LR ckp... pastu check la bukaan... tgk2 dah 8CM ya! 8CM!!! Onde ni ingat dh hilang contraction lps amik Covid test tu. Maybe panic kot dgn test td, tu yg x perasan contraction ada cuma x terasa hehe... Sepanjang dlm LR, ada 2nurses LR ni teman Onde. Service mmg tiptop ya name dorg Suraya and Noraini x silap. Bukan saja2 puji ya. Ini ikhlas. Tanpa dorg, mesti Onde panic gilerz. Macam2 la ? Trus kena tahan ya... standby for deliver. Husband TAK BOLEH masuk ? Stay dpn pintu LR shj. Gas yg cm dadah i ckp (x tau name) tu utk tahan sakit hehe i selalu amik pon TAK BOLEH amik ya ?. During MCO ni mmg byk rules. Sepanjang dlm LR kena pki mask ya. It was indeed a struggle doing it all alone. So Onde panic?...but sokongan husband thru whatsapp, 2nurses LR xhenti bg kata2 semangat and Dr Rohaini Md Jonit yg sgt bpengalaman and boleh dikatakan otai dkt Columbia Asia Nusajaya ni yg handle Onde, semua tiptop and buat kerja dengan bagus ??❤ and Onde knows ini semua utk keselamatan and kesihatan kita bersama. Tepat kol 11.29pm Alhamdulillah, lahir seorang lagi baby boy Onde seberat 3.3kg secara normal ?❤? It was a fast and easy birth. My son and I are safe, DAPAT ANAK JDT ?? • • ● Ada yg same Doctor gan Onde tak? Jom share kat comments. Kalo da pape nk tanya Onde, silakan. So, utk moms yg dh nk bersalin tu get ready ya physical and mental. Jgn pk (-ve), pk (+ve) yg baik2 je utk senang branak. InsyaAllah. Onde doakan semoga moms yg bakal melahirkan, dipermudahkan bersalin nnt ya. Aamiin2. #BabyOnde #AnakOnde #BabyRamadan #BabyMCO #rulmon #hasrulharyanti #Baby2020 #HarsJr #MonRyanti #AnakJDT

A post shared by ᴴᵃʳʸᵃⁿᵗⁱ ˢᵃʰᵘᵈⁱⁿᵃ ᴸᵉᵉ (@monryanti) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Unitar