,
Laman Utama

Pakai Gaun Tutup Pu*ing Payudara, Doja Cat Kata Sedang Gabungkan Anatomi & Angkasa

Maliah Surip
16/05/2022
14:40 MYT
Penampilan Doja Cat yang hadir ke majlis Billboard Music Awards 2022 mencuri perhatian apabila penyanyi itu memakai gaun hitam panjang, namun menampilkan bahagian payudaranya kecuali puting.
Penyanyi lagu Say So itu memakai gaun rekaan Schiaparelli Haute Couture berwarna hitam. Namun ia menjadi medan perhatian apabila gaun tersebut sengaja dibalut dengan kain jarang pada bahagian dada sehingga menampakkan keseluruhan payudaranya.
Untuk menambah kelainan fesyen, bahagian puting payudara Doja Cat ditutup dengan aksesori bulat berwarna emas berharga sekitar RM400.
Dia kemudian melengkapkan penampilannya yang menjadi buah mulut itu dengan memakai subang, kasut dan beg tangan berbentuk planet Saturn sebagai indikasi kepada albumnya yang berjudul Planet Her.
Kepada E!News, Doja Cat memberitahu maksud di sebalik penampilannya adalah gabungan anatomi atau bahagian badan manusia dengan angkasa dengan menjadikan puting payudara dan telinga sebagai ‘pusat perhatian’.
“Anda boleh mengambilnya, ia bukan satu jenayah,” kata Doja Cat berseloroh mengenai penampilannya yang mendedahkan bahagian payudaranya kepada umum.
Untuk rekod, Doja Cat menjadi antara pencalon paling banyak dalam anugerah tersebut dengan 14 pencalonan dan bertanding dengan nama penyanyi wanita hebat lainnya termasuk Adele, Dua Lipa, Olivia Rodrigo serta Taylor Swift untuk kategori Top Female Artist.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.