,
Laman Utama

Pakai Burkini & Sopan Di Miss Universe 2022, Miss Bahrain: “Wanita Yang Tertutup Juga Boleh Cantik”

Maliah Surip
13/01/2023
09:55 MYT
Pertandingan Miss Universe 2022 sedang hangat berlangsung di New Orleans, Amerika Syarikat.
Untuk temasya yang dianjurkan buat tahun ke 71 ini, ia diikuti oleh 86 negara. Salah satu negara yang ikut bertanding adalah Bahrain, yang menghantar wakil seorang wanita Islam bernama Evlin Khalifa.
Meskipun sedang mengikuti pertandingan wanita tercantik dunia yang selalunya terlihat ‘terdedah’, Evlin melakukan sebaliknya.
Wanita berusia 24 tahun itu memilih untuk berpakaian sopan. Malah pada pusingan memperaga pakaian renang, dia menjadi satu satunya peserta yang memakai bukini sementara lainnya berbikini.
Evlin dilihat tetap anggun dengan burkini warna merah jambu dan ‘cape’ yang membawa mesej kesetaraan yang ditulis dalam bahasa Arab yang antaranya berbunyi: “Wanita Islam juga boleh menyertai Miss Universe.”
Menurut lulusan bidang kewangan dan pengurusan ini, dia akan tetap berpakaian sopan sepanjang pertandingan berlangsung.
“Saya menghormati semua wanita yang memakai bikini. Saya memilih memakai burkini. Saya mahu membuktikan kepada dunia bahawa seorang wanita yang tertutup juga boleh cantik,” katanya seperti dilaporkan media antarabangsa.
Bukan hanya cakap kosong, selain memakai burkini, Evlin juga dilihat tampil mempersona dalam balutan dress panjang keemasan dan menutup kepala untuk pusingan gaun malam.
Keputusan Evlin yang boleh berbahasa Arab dan Inggeris itu juga disokong oleh organisasi Miss Universe.
Bercakap mengenai pembabitannya dalam pertandingan tersebut, Evlin mengatakan dia mahu memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya hidup sihat, menjaaga pola makan dan berbagi pengalaman sebagai salah seorang pesakit anoreksia.
Walaupun sedang menjadi tumpuan kerana keputusannya untuk tampil tertutup, Evlin bukanlah wanita pertama yang berbuat demikian dalam Miss Universe.
Sebelumnya, wakil dari Bahrian juga yang menjadi wanita pertama sekaligus mencipta sejarah menyertai pertandingan tersebut, Manar Nadeem Deyani juga memilih tampil sopan dan memakai burkini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Viral

"Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar, Maka Satu Kampung Tanggung Dosa" - Ustaz Abdul Somad

gempak
24/07/2024
23:55 MYT
Pendakwah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad tampil berkongsi pandangan daripada sudut Islam tentang tindakan membakar mayat individu Muslim.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.