Gaya Hidup
Pakai Bengkung Boleh Kurus? Ini Penjelasan Dr Say Shazril
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril merungkai pertanyaan peminatnya yang mempunyai kemusykilan mengenai pemakaian bengkung.
Berkongsi informasi di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, Dr. Say bercerita mengenai topik penggunaan bengkung dengan harapan untuk kurus.
"Topik : “Doc, Okay Tak Pakai Bengkung?”
"Memandangkan ramai bertanya mengenai ni so here goes, NAK PAKAI OKAY TAPI TAK ADA FUNCTION SEKIRANYA PAKAI DENGAN HARAPAN UNTUK KURUS.
"Eh kenapa pulak doc? Saya tengok Sujut dan Shushi pakai slim je?”. Well, Sujut dan Shushi slim sebab depa jaga pemakanan dan buat senaman maka slim lah mereka.
"Saya bagi contoh kalau saya post story hari-hari saya pergi workout dan makan sihat-sihat lepas tu saya buat SATU POST transformation dari badan bapak-bapak jadi badan adik-adik dengan topik “Fat Burner Mencairkan Badan Kebapakan Saya”, korang rasa korang beli tak fat burner tu?
"Saya gerenti 100% korang beli. Padahal story saya hari-hari dah menunjukkan kegigihan saya tapi in the end korang ambil yang SATU POST tu je. Kita dah di train untuk cari SHORTCUT walhal yang longcut tu kita tapis buang," tulis Dr. Say.
Tambah pemilik nama penuh Muhammad Shazril Shaharuddin ini, bengkung hanyalah berfungsi untuk menyorok lebihan lemak pada badan anda.
"Jadi apa yang okaynya pakai bengkung ni doc?”. Okaynya hanyalah sekadar menyorok lebihan lemak pada badan anda sekiranya anda ada function nak pakai kebaya ke, dress ke, ITU SAHAJA. Tapi kalau nak kerengga, nak hour glass pakailah 24 jam pun takkan nampak hasilnya.
"Dah tu macam mana doc?”. Korang tau dah jawapannya cuma macam saya cerita otak kita tapis buang dah benda tu yakni EAT HEALTHILY, EXERCISE REGULARLY & THINK POSITIVELY.
"Jadi peeps daripada korang bazir duit beli bengkung tu apa kata korang beli sayur-sayuran & buah-buahan segarkan lebih bagus.
"There is no shortcut in losing weight. Oh ini juga termasuk pakai bengkung lepas bersalin untuk slimming, TAK ADA FUNCTION JUGA.
"Rahim memang akan mengecut dengan sendirinya dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin maka tak payah berbelit-belit kat pagar macam mummy.
"P/S : Ini tali pinggang untuk jaga lower back semasa heavy lifting, bukan untuk jadi kerengga," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr. Say bersetuju dengan informasi yang diberikan serta memohon orang ramai tidak terkeliru dengan penggunaan bengkung untuk kurus.
Must-Watch Video