,
Laman Utama

Pakai Barang Kemas Depan Kaabah, Ifa Raziah; "Apa Salahnya, Semuanya Allah Jaga.. Tak Hilang"

Amri Hassan
09/01/2022
03:50 MYT
Selebriti versatil Ifa Raziah tampil menjawab kecaman netizen berhubung pemakaian barang kemas ketika menunaikan umrah baru-baru ini.
Menerusi hantaran video yang dimuatnaik di platform YouTubenya, Ifa memaklumkan telah merujuk golongan agamawan mengenai hukum memakai emas ketika beribadah.
"Orang mengata saya pakai gelang emas di Mekah. Apa salahnya saya pakai emas sepanjang berada di sana?
"Ini rezeki Allah yang beri dan saya tunjuk pada-Nya ‘inilah emas yang kau beri dan kurniakan kepada aku’. Perkara ini tak sepatutnya menjadi isu pun sebab ramai saja orang Arab di sana yang memakai perhiasan emas
"Aku pakai beg Louis Vuitton, jam tangan jenama Rolex dan gelang emas. Semua itu Allah yang beri pada aku, kau ikut mazhab mana sampai tak boleh pakai semua itu.
"Saya juga telah merujuk kepada ustaz tentang perkara ini dan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.
"Malah ibadah yang dilakukan juga tidak terbatal hanya kerana memakai emas kerana yang paling penting ialah bersih, suci dan bukan datang dari sumber yang diragui," katanya.
Tular di media sosial apabila Ifa memakai barang kemas ketika menunaikan umrah pada Disember lalu hingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Dalam pada itu tambah Ifa, individu yang mengkritik tindakannya memakai barang kemas ketika beriadah disifatkan kurang waras.
"Pelik dengan mental dan pemikiran segelintir rakyat Malaysia, memang tak betul dan kurang waras.
"Setakat ini, saya tak pernah lagi jadi mangsa kecurian atau penyeluk saku sepanjang beribadah di Mekah mahupun Madinah. Semuanya Allah jaga dan tidak pernah hilang walau satu sen.
"Namun, yang hilang ialah akal orang Malaysia selepas melihat saya memakai emas sepanjang berada di sana," ujarnya yang meminta agar orang ramai tidak terus menyimpan hasad dengki terhadapnya.
Malah, tegas Ifa tiada niat dalam hatinya untuk menunjuk-nunjuk mahupun riyak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Unitar