BERITA
Pak Lah Meninggal Dunia
Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana dilaporkan sudah meninggal dunia pada pukul 7.10 petang, Isnin.
Menerusi perkongsian di Instastory bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana
Menteri Malaysia ke-5, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara, KL.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah,” kongsinya.
Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra disapa sebagai Pak Lah meninggal dunia ketika usia beliau 85 tahun.
Must-Watch Video