,
Laman Utama

Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”

Shahrin Zulkifle
06/02/2023
07:00 MYT

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil menjelaskan sebab dia memadam satu hantaran mengenai pendedahan seorang ‘heroin’ yang mengaku tersuka dan jatuh cinta kepada suaminya, Aliff Aziz yang dikongsikan di laman Instagram baru-baru ini.

Jelas Bella, objektif hantaran tersebut dimuat naik pada minggu lalu sudahpun tercapai apabila perkongsian itu telah dibaca oleh orang ramai dan mengetahui kisah sebenar.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menjelaskan, dia enggan memanjangkan lagi isu mengenai ‘heroin’ tersebut.

“Posting yang saya kongsikan itu saya lihat sudah ramai yang like sehingga 600,000 orang. Dalam posting tersebut adalah perkara yang saya ingin explain kepada semua.

“Jadi bila saya delete maksudnya, dah tiada apa yang saya nak explain lagi. Saya pun dah tak nak ulas lagi mengenai isu tersebut kerana saya kira sudah cukup segalanya untuk minggu lepas.

“Saya sekarang ini mahu fokus pada nyanyian, memandangkan baru lepas sertai Famili Duo dan saya lihat penyertaan saya ini membuka ruang untuk saya aktif semula sebagai penyanyi,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, anak kelahiran Sabah itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebahagian rumah tangga dia dan suami.

“Aliff pun dah bagi kenyataan dia, saya harap cukup mengenai isu tersebut. Apa pun saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagian kami berdua.

“Saya minta maaf kalau ada tersilap kata atau sebagainya,” tambahnya.

Terdahulu, kecoh apabila seorang ‘heroin’ yang bergandingan bersama Aliff menerusi sebuah drama dikatakan sudah tersuka dan jatuh cinta kepadanya.

Tidak menunggu waktu yang lama, Bella akhirnya mengesahkan identiti ‘heroin’ yang didakwa mengganggu rumah tangga dia dan Aliff ialah pelakon Sophia Albarakbah.

Pendedahan tersebut dibuat Bella dengan memuat naik beberapa tangkap layar mesej perbualan dia dan Sophia menerusi aplikasi Whatsapp.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’, Bella Astillah Letak Batasan Setiap Kali Berlakon Dengan Pelakon Lelaki - “Kita Mula Dengan…”

gempak
10/09/2024
23:55 MYT
Syukur tidak timbul sebarang masalah ketika bergandingan dengan pelakon Ezaidi Aziz dan Eyka Farhana dalam sebuah drama siri, pelakon Bella Astillah berkata dia sentiasa meletakkan batasan ketika menjalani penggambaran.