,
Laman Utama

Padah Minum Air Ketum Dicampur Ubat Nyamuk, Kampong Pisang Dilanda Zombi

Azwa Rahman
08/01/2021
09:13 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri akan menemui penonton dengan episod keenam iaitu Husin kembali bersama zombi.
Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod zombi kali ini menampilkan Datuk Awie yang sinomin dengan watak Husin di dalam filem-filem terdahulu.
Husin pemuda yang hebat yang sering menjadi ketua pemuda-pemuda Kampong Pisang dalam menyelesaikan perkara yang berlaku. Kini sudah membawa diri keluar dari Kampong Pisang, Husin terpaksa kembali untuk membantu masalan serangan zombi.
Terbaru, Kampung Pisang digemparkan dengan kehadiran zombi dan semua ketakutan. ‘Pengzombian’ tercetus kerana anak muda yang gemar menikmati air ketum yang dicampur ubat nyamuk. Adakah Husin berjaya selesaikan perkara ini?
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

gempak
21/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Hiburan

Awie Anggap Bayaran Rendah Untuk Artis Veteran Satu Penghinaan - “Berilah Jumlah Wang Yang Selayaknya Kerana…”

gempak
22/04/2024
12:55 MYT
Bayar la ikut pengalaman...
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini