,
Laman Utama

Padah 'Hina' Pelajar Tiada Laptop & B40, UiTM Ambil Tindakan Terhadap Profesor! - “Bertegas Untuk Tidak…”

Hanafis Haris
30/03/2022
06:00 MYT
Kontroversi membabitkan seorang profesor yang didakwa menghina pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 menjadi semakin serius apabila mendapat perhatian Universiti Teknologi MARA (UiTM) sendiri.
Menerusi kenyatataan rasmi dikeluarkan pihak universiti, Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr Roziah Mohd Janor menjelaskan, pihak universiti telah meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas dan sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.
Menurutnya, UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya, khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif.
“UiTM juga bertegas untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja mahupun tidak.
“Kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.
“Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM.
"UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
“Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelaiar, bantuan daripada pusat zakat serta dari pihak alumni,” katanya.
Tambahnya, beliau menyeru kepada para pelajar yang berhadapan dengan sebarang masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.
“Dalam merealisasikan keberkesanan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian yang terbaik, semua pihak perlu berganding bahu\dari semua aspek. BACA: “Merosakkan Imej Universiti Keramat” - Prof Hina & Memperlekeh B40? MPP Mohon Tindakan Selayaknya!
Terdahulu, menerusi video berdurasi 1.45 minit dimuat naik di Twitter, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.
Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya.
BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rumah Kieda Crepe Dipecah Masuk, Barang Kemas Bernilai RM800,000 Lesap

gempak
03/06/2024
09:00 MYT
Seorang usahawan pencuci mulut mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas dipecah masuk penjenayah pada April lalu.
Laman Utama

Netizen Sebak Tengok Ibu Gadai Gelang Emas Beli Laptop Anak - "Sayanglah... Yang Penting Dia Nak Belajar"

gempak
05/09/2023
09:55 MYT
"Gelang Ni Pak Ciklah Beli Ulangtahun Perkahwinan Kami..."
Laman Utama

Astro Experience Store Terbesar Kini Di IOI City Mall! Korang Boleh Dapat TV, Laptop & Macam-Macam Lagi ...

gempak
21/01/2023
04:44 MYT
Cepat serbu!
Laman Utama

Bekas Pemain MU, Ryan Giggs Ugut Sebar Video S*ks, Baling Laptop Pada Mantan Kekasih

gempak
10/08/2022
07:50 MYT
Perbicaraan kes berprofil tinggi di antara bekas bintang bola sepak Manchester United (MU), Ryan Giggs dan pasangannya, Kate Greville yang sedang berlangsung, ‘berjalan’ dengan tegang.
Laman Utama

Isu Pensyarah Hina Pelajar, PU Rahmat Mahu Beri Sumbang Laptop Kepada Yang Senasib…

gempak
31/03/2022
08:53 MYT
Masih ramai yang baik dan mahu membantu golongan ini