gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
[KRONOLOGI] Kes Kematian Zara Qairina, Ini Yang Anda Perlu Tahu!
HIBURAN
Naik Kuda, Pergi Gym, Jaga Penampilan – Ini Ciri-Ciri ‘Hot Daddy’ Yang Green Flag!
HIBURAN
Ammar Ahyan Simpan Hajat Nak Jadi Ahli Politik, Terinspirasi Dengan Bapa Sendiri! - "Saya Nampak Betapa Susahnya ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Organ Dalaman Suhaimi Saad Gagal Berfungsi, Bergantung Sepenuhnya Alat Bantuan Pernafasan

Gempak
Gempak
14/11/2023
03:25 MYT
Sponsor Banner
Organ Dalaman Suhaimi Saad Gagal Berfungsi, Bergantung Sepenuhnya Alat Bantuan Pernafasan
Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

BERITA TRENDING: Suhaimi Saad Ditidurkan Di ICU

Menurut sumber Harian Metro, Suhaimi kini terpaksa ditidurkan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
"Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.
"Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak," katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan Suhaimi sudah berada di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.
Terdahulu, tular di media sosial menerusi hantaran pemilik akaun, Akumaru yang berkongsi berita keadaan Suhaimi yang didakwa kini sakit teruk dan memohon didoakan kesembuhan buat bekas anggota kumpulan In-Team itu.
Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: Harian Metro

BERITA TRENDING: [VIDEO] ‘Kembali’ Menyanyi Bersama Inteam, Netizen Puji Kelunakan Suara Suhaimi Saad - “Sedap Wei...

PILIHAN PEMBACA: “Mereka Tiada Keperluan PdPR &..” - Kesan Radiasi? Suhaimi Saad Ada Sebab Tak Beli Telefon Untuk...

Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Kritikal
#Nasyid
#Johor
#Jangkitan
#Suhaimi Saad
#Ina Naim
#ICU
#Cirit Birit
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement