,
Hiburan

"Orang Tak Nak Berkawan Dengan Dia Sebab Dia Busuk Hati" - Zarina Anjoulie

Amri Hassan
09/01/2024
15:11 MYT
Pelakon Zarina Anjoulie tampil mengulas tindakan Fathia Latiff memuat naik beberapa siri hantaran di media sosial, mengutuk fizikal isteri kepada Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson.

BERITA TRENDING: Sindir Zahirah Berwajah Bibik, Fathia Masih Teruskan ‘Serangan’ Di Instagram, Akui Tidak…

Dakwa Zarina yang pernah rapat dengan Fathia beberapa tahun lalu, aktres yang popular menerusi drama Ariana Rose itu punyai masalah hati.
"Kalau tengok video tu, ini masalah dengan Fathia. Kami pernah berkawan dan bergaduh, inilah kenapa... Masa tu saya cakap orang tak percaya, saya ni banyak kontroversi.
"Kalau korang tengok video itu, korang boleh sense tak busuk hati? Sebab itulah saya berhenti berkawan dengan dia. Masa lepak dengan dia, sentiasa bercakap fasal followers Instagram dia. Sebab itulah saya fed up! Itu saja dia bercakap, kau ni betul tak betul?
"Orang normal tak cakap macam tu," ulasnya menerusi sesi siaran langsung di media sosial yang kemudiannya dimuatnaik di beberapa platform penstriman.

PILIHAN PEMBACA: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?

Tambah Zarina, disebabkan sikap itu juga menyebabkan periuk nasi Fathia terjejas dan tidak menerima tawaran berlakon lagi.
"Saya terkejut tengok page dia all out dia kecam Zahirah. Masa akan menentukan perangai sebenar.
"Dia tak boleh sorok perangai busuk lama-lama, akan kantoi juga. Masa orang tanya kenapa saya gaduh dengan dia, inilah sebabnya. Busuk hati dia kuat sangat.
"Dia tak ada kawan... Lepas lima tahun masih tak ada perubahan. Sampaikan dia tak ada kawan, tak ada orang nak berkawan dengan dia.
"Tiada orang boleh berkawan dengan dia, otak dia Ariana Rose, masih famous. Tak sedar diri, dia bukan apa-apa. Tak mengapa, bukan orang tak sayang dia. Orang dah tak kisah fasal kau. Kau dah tak famous. It's okey, ramai orang sayang kau. Dah sendu pun, dah okey.
"Orang tak nak ambil dia berlakon kerana perangai dia, nak buat macam mana? Tengoklah apa yang dia post di Instagram. Jujurnya saya tak bencikan dia, saya harap dia akan berubah suatu hari nanti. Saya cuba faham dia, tapi saya dah tak tahan dan tak faham dah," katanya.
@aseancelebrities Zarina Anjoulie || Anju Mula Buka Cerita.. Tentang Fatiya Latiff #ZarinaAnjoulie #FatiyaLatiff ♬ original sound - Selebriti Malaysia
Bagaimanapun, Zarina menitipkan doa buat Fathia agar gembira dan punyai kehidupan yang membahagiakan.
"Saya harap suatu hari nanti dia kahwin dan gembira.
"Saya doakan yang baik-baik. Seperkara yang penting, kita abaikan dan kita doakan," ujarnya.
Terdahulu, Fathia menerusi siaran langsung di media sosial mengutuk wajah Zahirah dan menyamakannya dengan 'bibik'. Tindakan itu sekali gus membuka semula kisah silam Fathia dan Aiman hingga netizen melabelkan pelakon wanita itu belum move on.
Serangan Fathia terus bertubi-tubi hingga mengundang ulasan pelbagai pihak termasuk ibu Zahirah.

BERITA TRENDING: “Lagi Kakak Tengah Mengandung Sekarang” - Ibu Zahirah Sedih Anak Dihina Tatkala Sedang Hamil

Sumber: Selebriti Malaysia (TikTok) Foto: IG Fathia Latiff, Zarina Anjoulie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar