,
Hiburan

“Orang Panggil Jalak, Kena Tinggal Sebab Tak Cukup Perempuan” - Cik Manggis Kini Lawa Macam Barbie Doll

Mya Amri
22/06/2020
02:51 MYT
Anggota kumpulan De Fam Cik Manggis mengenang kembali kisah zaman persekolahan.
Manggis berkongsi coretannya menerusi posting di akaun Instagram baru-baru ini.
Menurut Manggis, dia penah ditinggalkan kekasih kerana perwatakkannya yang kasar. Bagaimanapun kata Manggis pengalaman itu membuatkannya sedar dan mula menjaga penampilan diri.
Entri itu juga disertakan dengan foto perbezaan dirinya yang dahulu dengan sekarang.
“Sekolah rendah orang panggil Jalak. Sekolah menengah orang panggil Ali. Dulu pernah cinta monyet tapi kena tinggai sebab katanya kita tak macam perempuan (tambahan tak cukup cantik),” kongsinya.

Korang: “Manggis/Kak Manggis/Awak ni memang cantik sejak lahir ye?” . Jawapan: Hmmm.. Korang swipe left je la! ... ... ... ?? . Sekolah rendah orang panggil Jalak. Sekolah menengah orang panggil Ali.. Dulu pernah cinta monyet tapi kena tinggai sebab katanya kita tak macam perempuan. (Additional, tak cukup cantik) ? Pedulikan kata orang, kita kena percaya yang kita ni cantik sebab memang semua manusia dijadikan cantik & handsome. Bezanya, rajin & malas je nak jaga diri... **Rupa, perwatakan & skin tone tak penting. Yang penting punya peribadi & hati yang baik. Dan sentiasa la jaga kebersihan diri sbb orang yang bersih ni automatic kacak! Sekian, perkongsian saya pada malam ini. Selamat malam semua. ♥️

A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on

Dalam pada itu Manggis juga turut menasihatkan supaya sentiasa yakin diri dan menjaga penampilan.
“Pedulikan kata orang, kita kena percaya yang kita ni cantik sebab memang semua manusia dijadikan cantik dan kacak.
“Bezanya rajin dan malas je nak jaga diri... Rupa, perwatakan dan warna kulit tidak penting. Yang penting punya peribadi dan hati yang baik.
“Sentiasalah jaga kebersihan diri sebab orang yang bersih ni automatik kacak,” kongsinya.
BACA: “Ni Paling Gempak Pernah Jumpa” – Barbie Challenge Cik Manggis Ini Memang Terpaling Superb!
Terdahulu, Cik Manggis sebelum ini mendapat perhatian selepas melakukan cabaran Barbie Challenge.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Beri Impak Besar, De Fam Tak Terfikir Tukar Lirik - “Kita Tak Ada La Nak Menambah Baik…”

gempak
22/08/2024
13:55 MYT
Kumpulan De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana memberitahu mereka tidak pernah terfikir untuk menukar lirik lagu Alamak Raya Lagi biarpun karya itu mendapat impak yang besar.
the-hardest-singing-show

Berdepan Masalah Kesihatan, De Fam Tarik Diri Daripada The Hardest Singing Show

gempak
16/06/2024
16:06 MYT
Kumpulan girl group trio popular De Fam mengumumkan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show.
Hiburan

Lagu Viral Sampai Luar Negara, De Fam Kongsi Cerita Di Sebalik Single Alamak Raya Lagi!

gempak
10/04/2024
05:55 MYT
Berjaya mencipta fenomena dengan lagu raya berjudul Alamak Raya Lagi! kumpulan De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok. Menurut De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, lagu tersebut sebenarnya dicipta berdasarkan Ra
Laman Utama

“Saya Memang Tomboy, Suka Aktiviti Lasak” - Cik Manggis Kini Main SurfSkate, Pulihkan Stamina Lepas Dijangkiti COVID-19

gempak
17/09/2022
08:39 MYT
Fuh! Cayalah Cik Manggis! Cool habis!
Highlights

Azira Ditanya Tentang Sharnaaz, Cik Manggis Soal Anak dan Sophia Nak Cari Suami Sebagai ‘Partner’ Bukan LOVER

gempak
29/07/2021
15:06 MYT
Rancangan Rumah No.107 episod ke 9, akan bersama kumpulan De Fam mengorek kisah hidup mereka di sebalik lensa glamor. Jangan lupa Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna.