,
Laman Utama

"Orang Lain Kahwin, Kenapa Tag Aku?" - Shamsul Ghau Ghau

Amri Hassan
07/01/2023
01:54 MYT
Pelakon dan komedian Shamsul Ghau Ghau tampil menjentik humor dalam kalangan warganet apabila ada yang tersalah anggap 'Shamsul' ekoran isu yang sedang viral ketika ini.
Kisah pergolakan rumah tangga pengarah dan pelakon kontroversi Syamsul Yusof serta isterinya Puteri Sarah Liyana untuk makluman semua menjadi topik hangat sejak pendedahan perkahwinan di Thailand bersama Ira Kazar sejak semalam.
Kata Shamsul Ghau Ghau, ada segelintir warganet yang tersalah anggap dirinya adalah individu yang dimaksudkan dalam kekecohan ketika ini.
"Orang lain yang kahwin kenapa tag aku? Aku kahwin betul-betul baru tahu?" tulisnya pada hantaran di media sosial berserta nama isterinya, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.
Perkongsian Shamsul itu mendapat pelbagai reaksi lucu dalam kalangan warganet termasuk rakan selebriti atnaranya Idris Khan, Fitri Haris, Erry Putra, Eizlan Yusof, Black, Saiful Apek dan ramai lagi.
"Apakah salah orang bernama Syamsul atau Sol?
"Kalau abang kahwin lagi satu abang memang king! Trylah, lepas tu bagi feedback.
"Ayat test market ni...
"Naya Pak Su, hari tu dah kena sekali dah pasal Mat Kilau.
"Disebabkan Syamsul seorang, habis Syamsul sebelanga," sambung komen beberapa pengguna lain.
Syamsul pada Jumaat mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar, wanita yang didakwa pernah menjadi individu ketiga dalam perkahwinanya bersama Puteri Sarah.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.