gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
VIRAL
Kes Kematian Zara Qairina: Mimi Lana Tampil Bersuara - "Dia Dibuli, Tapi Tak Pernah Didengari..."
BERITA
Hari Ini Mungkin Hari Terpendek Bumi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Orang Klang?" - Netizen Speku Prince Syed Pembeli Beg Swarovski RM50K Dalam Live Aliff Syukri

Amri Hassan
Amri Hassan
05/08/2025
09:20 MYT
Sponsor Banner
"Orang Klang?" - Netizen Speku Prince Syed Pembeli Beg Swarovski RM50K Dalam Live Aliff Syukri
Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas mendedahkan bahawa sebuah beg denim mewah eksklusif yang disalut dengan kristal Swarovski habis terjual dalam masa singkat semasa sesi 'Battle Beg Denim' di TikTok Live.
Beg yang dikatakan satu-satunya di dunia itu dijual pada harga RM45,000 hingga RM50,000 dan hanya tersedia dalam satu unit sahaja.
Namun yang lebih mengejutkan, beg tersebut telah dibeli serta-merta dan pembelinya tidak didedahkan secara terus oleh Aliff Syukri.
Namun begitu, ruangan komen di TikTok dan Facebook mula dihujani spekulasi daripada netizen yang membuat tekaan tentang identiti individu bertuah dan difahamkan berduit tersebut.
Antara yang paling rancak disebut adalah Prince Syed Shahid, usahawan muda yang sering dikaitkan dengan gaya hidup mewah dan aktif dalam pembelian barangan eksklusif.
Nama Prince Syed disebut secara terbuka dalam ruangan komen oleh beberapa netizen.

"Orang Klang? Prince Syed Shahid," tulis seorang pengguna di Facebook.

Komen itu disambut dengan tanda setuju oleh pengguna lain yang turut membuat andaian berdasarkan kapsyen video yang menyebut 'Orang Klang' serta reaksi Aliff Syukri yang kelihatan sangat terkejut selepas beg tersebut dibeli.
Dalam video yang kini tular, Aliff dilihat memegang beg denim mewah tersebut sambil menyatakan beg eksklusif itu terjual dalam sekelip mata.
"Beg denim yang disalut Swarovski ini hanya ada satu saja di dunia... Sekelip mata habis dijual!" katanya.
Aliff turut berkongsi kekaguman terhadap pembeli yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit tanpa ragu.
Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Prince Syed sendiri, namun spekulasi dalam kalangan peminat TikTok dan pemerhati fesyen tempatan terus hangat dibincangkan.
Topic Berkaitan
#Viral
#Aliff Syukri
#Swarovski
#TikTok
#Klang
#Beg
#Prince Syed
#Demin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement