HIBURAN
“Orang Asyik Memperlekehkan Saya Sebab Rupa..” - Fatiya Latiff Sedih Ada Yang Suka ‘Judge’ Penampilan Lepas Buat Rawatan Filler
Pelakon Fatiya Latiff meluahkan rasa kecewa apabila dirinya sering menerima kecaman dan ‘hukuman’ daripada segelintir pihak hanya kerana perubahan pada penampilan fizikalnya.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform Thread, Fatiya berkongsi bahawa dia kini bergelut dengan imej diri selepas menjalani rawatan estetik.
“Saya boleh nampak perubahan pada wajah saya, dan sejujurnya, saya rasa saya kelihatan semakin buruk sekarang.
“Saya dah tak berhias seperti dulu, dan kadang-kadang rasa macam orang pun dah tak cam saya bila keluar. Sukar bila rasa macam bukan diri sendiri,” tulisnya.

Tambah Fatiya, tekanan emosi yang dirasai semakin memburukkan keadaan apabila ada pihak terus menghukumnya tanpa memahami situasi sebenar.
“Saya sakit di dalam. Orang asyik menghakimi dan memperlekehkan saya sebab rupa saya. Saya cuma buat rawatan kecil saja, hanya filler tapi bukannya buat saya rasa lebih baik, malah saya jadi makin sedih sekarang,” katanya.
Luahan pelakon drama Nur Kasih itu nyata menarik perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan menyokongnya agar lebih kuat menghadapi cabaran kehidupan.
Malah, ada juga yang mengingatkan Fatiya agar tidak tunduk kepada tekanan masyarakat dan lebih mengutamakan kesihatan mental berbanding pandangan luar.
Sumber: Threads
Must-Watch Video