gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Mahu Orang Berdaftar Dianiaya” – Aaron Aziz Nafi Tutup ‘Periuk Nasi’ Agensi Pengurusan Haji & Umrah
GAYA HIDUP
The Experts: Fahami Proses Mahkamah, Apa Itu Prima Facie Dan Bila OKT Perlu Bela Diri?
VIRAL
"Beri Ruang PDRM Siasat Terperinci Kes Kematian Zara Qairina" - Fadhlina
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Op Sky: Tiga Selebriti Dipanggil Minggu Ini

Gempak
Gempak
04/02/2025
01:25 MYT
Sponsor Banner
Op Sky: Tiga Selebriti Dipanggil Minggu Ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil tiga selebriti termasuk penyanyi terkenal pada minggu ini bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan.
Difahamkan, siasatan itu akan dilakukan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML).
Sumber berkata, selain penyanyi terkenal, seorang ikon inspirasi juga akan dipanggil berhubung siasatan Op Sky yang dijalankan bersama Bank Negara (BNM).
Pada Ahad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Artis ini dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.
Januari lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.
Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi menerusi Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebanyak RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam dan modus operandi dipercayai mempunyai unsur rasuah dan pengubahan wang haram.
Kegiatan rasuah dilakukan oleh pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.
Pegawai terbabit dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#Sky
#dipanggil
#op
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement