,
Hiburan

Once Bakal Bawa Dealova Di Konsert Trio Terhebat, Jelaskan Hubungan Terkini Dengan Ahmad Dhani

Maliah Surip
08/03/2024
07:55 MYT
Penyanyi Once Mekel mengakui hubungannya dengan pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani berada dalam keadaan baik.
Hubungan Dhani dan Once sempat renggang selepas dirinya dilarang membawa lagu ciptaan komposer tersebut daripada Dewa 19 dalam persembahan solo sekitar tahun lalu.

BERITA TRENDING: Tak Boleh Nyanyi Lagu Dewa 19, Once: “Wow Aneh, Sudah Lama Tidak Dilarang”

BERITA TRENDING: Trio Terhebat (VOL 1) Gandingkan Tiga Penyanyi Hebat, Once Mekel, Marcell & Bams, Gerenti Buat Peminat Galau!

Hal itu terkait dengan soal royalti terhadap karya yang dinyanyikan pada sesebuah konsert.
“Sejujurnya sudah lama tidak jumpa tapi hubungan kami baik,” jawab Once sewaktu ditemui media di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Once hadir ke ibu kota sempena mempromosikan konsert sulung yang menampilkan dirinya bersama Marcell dan Bams Samsons yang diberi nama Trio Terhebat Vol. 1 pada 4 Mei 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.

PILIHAN PEMBACA: Pertama Kali Sertai Politik, Once Mekel ‘Minta Bantuan’ Rakyat Indonesia Di Malaysia Undi Dirinya

Bercakap mengenai rendisi lagu yang akan dibawakan pada konsert tersebut, Once memberitahu akan membawa hit daripada album solo miliknya. Dia tidak berniat untuk membawakan lagu-lagu hit yang pernah membuat dirinya mahsyur bersama Dewa 19.
“Saya tidak akan membawakan lagu Dewa 19 pada Trio Terhebat Vol. 1. Keputusan ini adalah keputusan peribadi setelah permintaan dari dia (Dhani) untuk saya tidak dibenarkan mendendangkan lagu dari Dewa 19 meski secara tertulis (kontrak) saya boleh berbuat demikian (menyanyi lagu Dewa 19),” ujar Once.
Justeru Once, 53, mengumumkan beberapa judul lagu yang akan disampaikan pada malam konsert yang dibawa oleh Icon Entertainment tersebut.
“Saya belum tahu berapa banyak lagu yang akan dipersembahkan tapi yang pasti saya akan melakukan persembahan bersama pemuzik dari Marcell dan anggota kumpulan Bams.
“Tapi tentu akan saya bawakan lagu yang dikenal banyak peminat di Malaysia seperti Dealova, Ku Cinta Kau Apa Adanya dan Matilah Kau,” katanya.
Meski demikian Once yang bertanding dalam pilihan raya terkini Indonesia akur sekiranya ramai peminat mahu dia membawakan lagu hit dari Dewa 19.
“Saya tidak ada keberatan, (menyanyi lagu Dewa 19) tapi tanya kepada penganjur ya nanti,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.