,
Laman Utama

“Omicron Bukan 'Konspirasi KJ' Nafikan Hari Raya” - Khairy

Awani
08/02/2022
00:45 MYT
Peningkatan kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di negara ini bukan satu konspirasi untuk menangguhkan perayaan Aidilfitri pada Mei depan, sebaliknya dihadapi setiap negara.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, gelombang Omicron bukan sahaja dihadapi di Malaysia tetapi turut menyaksikan peningkatan di negara-negara lain termasuk Eropah.
"Gelombang Omicron ini bukanlah hanya berada di Malaysia sahaja, bukanlah konspirasi "KJ" untuk menafikan Hari Raya lagi. Namun, ia sebenarnya telah kena di semua negara," katanya.
“Singapura melaporkan lebih 13,208 kes baharu jangkitan COVID-19 pada 4 Februari 2022, tiga kali ganda berbanding hari sebelumnya.
“Pada 5 Februari, Korea pula melaporkan kes harian sebanyak 38,670 kes, Indonesia (33,729 kes), Thailand (10,879 kes), Filipina (7,469 kes), Australia (22,985) kes dan Jepun 102,275 kes,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di sini, pada Isnin.
Sehubungan itu, kes harian COVID-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes pada Isnin berbanding 10,089 Selasa sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Viral

Belum Dapat Beraya Bersama, Isteri Ippo Hafiz Dakwa Gagal Hubungi Anak Bongsu - “Kalau Tiada Halangan, Mesti Dah Jumpa Adik”

gempak
21/04/2024
04:13 MYT
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya menerusi hantaran di Instagram Story.
Terkini

Jadi Acara Tahunan, Ribuan Peminat Terima Lambaian Aidilfitri Dari Shah Rukh Khan

gempak
12/04/2024
14:55 MYT
Sudah seperti menjadi satu acara tahunan apabila ribuan peminat membanjiri kawasan di kediaman milik pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan setiap kali tiba hari raya.
Hiburan

"Masuk Rumah Dia Rasa Lain" - Terkesan Nenek Sudah Meninggal Dunia, Zizan Razak Jarang Balik Beraya Di Terengganu

gempak
12/04/2024
01:55 MYT
Al-fatihah untuk arwah nenek Zizan.