,
Sukan

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus Tewas Pusingan Pertama, Perlu Ke Repechage Untuk Ke Pusingan Kedua

Gempak
07/08/2024
13:08 MYT
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, tewas kepada wakil Israel, Mikhail Yakovlev, dalam pusingan pertama acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Perlu ke pusingan repechage

Keputusan itu menyaksikan Shah Firdaus perlu ke pusingan repechage untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.

Terdahulu, pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom, melepasi pusingan kelayakan acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis.
Azizulhasni layak ke pusingan pertama selepas menduduki tempat ke-10 pusingan kelayakan dengan catatan masa 9.402 saat.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Selepas Alat Sulit Terkena Palang, Anthony Ammirati Ditawar RM1 Juta Untuk Tunjuk ‘Aset’ Dalam Laman Lucah
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Peninju India Tidak Bermaya Dua Hari Elak Makan, Minum
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Doa Isteri Mengiringi Impian AzizulHasni Awang - “Bawalah Pulang Emas Wahai Sang Juaraku”
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Menang 2 Pingat Emas, Atlet Filipina Ini Dapat Habuan Lumayan… Kondo Mewah, Bekalan Ramen Seumur Hidup
Shah Firdaus pula menduduki tangga ke-22 dengan catatan 9.635 saat.
Pusingan kelayakan kali ini menyaksikan bintang Belanda, Harrie Lavreysen, memecahkan rekod dunia dengan 9.088 saat untuk menduduki tempat teratas untuk memperbaharuai rekod yang terlebih dahulu dipecahkan oleh pelumba Australia, Matthew Richardson (9.091s).
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video