,
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah Ke Suku Akhir, Tan Boon Heong Dedah: “Tidak Ramai Yang Rasa Kalian Akan Berjaya”

Maliah Surip
31/07/2024
01:24 MYT
Kejayaan pasangan badminton beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah layak ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 terus menjadi kebanggaan dan perhatian pemerhati serta peminat sukan tersebut.
Hal itu lantaran mereka sempat dilihat berada dalam kumpulan A yang disifatkan sebagai ‘kumpulan maut’ apabila bakal berdepan pasangan regu Jepun, Indonesia dan Korea Selatan dengan kesemua mempunyai rekod cemerlang dan pernah merangkul gelaran juara dunia.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah Tamatkan Kemarau 8 Tahun Regu Wanita, Bergaya Benam Indonesia Mara Ke Suku Akhir

Malah salah seorang bekas pemain badminton legenda, Tan Boon Heong mendedahkan saat Pearly - Thinaah diundi dalam kumpulan A, tidak ramai yang mempunyai harapan besar terhadap mereka.
“Sewaktu undian diumumkan, tidak ramai yang rasa kalian akan berjaya.
“Tapi sekarang kalian telah membuktikan segalanya. Tahniah,” tulis Boon Heong di akaun media sosial Facebook.
Dia juga meninggalkan pesanan buat pasangan Malaysia yang akan bertemu dengan regu Korea Selatan yang juga merupakan pemenang pingat gangsa edisi lepas, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dalam pusingan suku akhir.
“Jangan fikir tentang tekanan tetapi terus mencari motivasi untuk mara dalam perlawanan ini.
“Perlawanan belum berakhir, ini hanya permulaan. Berusaha untuk perlawanan seterusnya. Kami menanti aksi kalian,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Tan Boon Heong Dedah Dua Kali Kena Scam, RM2.5 Juta Lesap: “Itulah Kehidupan”

BERITA TRENDING: Aaron Chia, Soh Wooi Yik Juara Dunia, Tan Boon Heong; "Tak Ada Public Holiday Ker Esok?"

Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, yang dalam misi mesti menang mereka pada perlawanan peringkat kumpulan itu, mengejutkan pasangan kesembilan dunia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia 21-18, 21-9 di Porte de La Chapelle Arena, di Paris.
Dalam perlawanan kurang 30 minit itu, Pearly- Thinaah menang straight set dengan 21-18, 21-9 ke atas pasangan yang menduduki ranking kesembilan itu.
Pearly-Thinaah sebelumnya menerima standing ovation daripada penonton selepas membenam bekas juara dunia 2018 dan 2019 dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dalam misi mencari kemenangan pertama dalam aksi kumpulan A.

BERITA TRENDING: Perjuangan Di Piala Uber Berakhir, Thinaah Mohon Maaf – “Sokong Team Malaysia Di Piala Thomas Nanti!”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar