gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tangan Dipotong, Ibu Dalam Pantang Maut Dibunuh Suami
GAYA HIDUP
“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Olimpik 2024: Negara Bertanding Mula Peraga Pakaian Rasmi Kontinjen

gempak
Gempak
27/06/2024
06:15 MYT
Sponsor Banner
Olimpik 2024: Negara Bertanding Mula Peraga Pakaian Rasmi Kontinjen
Beberapa buah negara yang bakal bersaing dalam kejohanan terunggul dan berprestij Olimpik Paris 2024, mula memaparkan keunikan rekaan baju untuk kontinjen negara masing-masing.

Kreativiti dan elemen rekaan unik

View this post on Instagram
A post shared by COMITE OLYMPIQUE HAITIEN (@coh_ht)
Antara yang mendapat perhatian ialah reka bentuk pakaian rasmi Olimpik kontinjen Haiti, yang disifatkan orang ramai sebagai unik dan mempunyai 'style' menarik.
Pakaian kontinjen Haiti itu direka pereka fesyen Haiti-Itali Stella Jean dan menampilkan karya seni oleh pelukis Haiti, Philippe Dodard, yang melambangkan ketahanan serta harapan masa depan masyarakat Haiti.
Kerjasama itu bertujuan mempamerkan budaya dan kekuatan masyarakat Haiti, yang dibayangi oleh ketidakstabilan politik dan bencana alam baru-baru ini.
Bagi pasukan olimpik Amerika Syarikat (AS), Ralph Lauren dipilih sebagai penaja pakaian seragam majlis pembukaan dan penutup pasukan itu.
Ini merupakan tahun ke-9 Ralph Lauren sebagai penaja pakaian rasmi pasukan AS di mana pada kali ini ia menampilkan blazer berwarna biru laut dengan hujung merah dan putih serta kemeja jenis Oxford berjalur.
View this post on Instagram
A post shared by Ralph Lauren (@ralphlauren)
Negara gajah putih juga tidak kalah hebatnya apabila rekaan syarikat Grand Sport Group Co Ltd membawa tema dengan corak pakaian yang diilhamkan oleh teknik digunakan komuniti Ban Chiang di daerah Nong Han di Udon Thani.
Ia merupakan inisiatif bagi mempromosikan kawasan itu sebagai tapak warisan dunia UNESCO termasuk kepentingan budaya dan sejarahnya pada tahun 1992.
Kanada pula memilih Lululemon sebagai penaja rasmi yang memperkenalkan pakaian seragam dalam pelbagai kategori iaitu acara pembukaan, podium, media, dan acara penutup.
Kesemua seragam tersebut mempunyai elemen unik serta pemerkasaan identiti negara itu seperti daun maple merah dengan latar belakang putih dan mewakili semua bahagian negara "dari pantai ke pantai".
Bagi Malaysia, netizen tempatan meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan untuk kontinjen negara, yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.
Perkara itu juga mendapat perhatian pengguna media sosial antarabangsa di platform X yang mempersoalkan penggunaan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi kontinjen negara.
Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib, pihaknya sudah mengambil kira konsep rekaan terkini meskipun berdepan kekangan tertentu.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
#Olimpik
#Olimpik 2024
#Kontijen
#Pakaian Rasmi
Must-Watch Video