,
Laman Utama

#OhAbeNik: Seri Baju Kurung! Selain Dr. Amalina, Ini Selebriti Yang Mengenakan Baju Tradisional Ketika Bernikah

Amri Hassan
03/04/2021
09:50 MYT
Hujung minggu dan tarikh yang cantik menjadi pilihan pasangan pengantin untuk mendirikan mahligai bahagia.
Jika minggu lalu pernikahan Neelofa menjadi bualan hangat, minggu ini giliran bertukar tangan kepada doktor popular Dr. Amalina Bakri pula.
Dr. Amalina telah selamat dinikahkan bersama pasangan Alex di kota metropolitan London pada 31 Mac lalu.
Sejurus mengumumkan berita pernikahan mereka, nama Dr. Amalina kembali menjadi topik sohor kini di laman sosial Twitter! Wah, bukan biasa-biasa ya.
Paling manis bagi pandangan Abe Nik apabila Dr. Amalina mengenakan persalinan baju kurung moden berona putih yang dipadankan dengan suami berkemeja dan bersut lengkap.
Siapa kata Dr. Amalina sudah lupa daratan? Itu salah ya. Dr. Amalina membuktikan cacian dan makian itu bukan halangan untuk berjaya dan bahagia.
Sempena hari bahagianya, Dr. Amalina memilih persalinan serba putih rekaan Cosry.
Melengkapi gaya sebagai ratu sehari, Dr. Amalina turut mengenakan kain layah yang bertatahkan renda sebagai penaik seri pengantin.
Apa kata kita intip juga beberapa selebriti popular yang turut menggayakan baju kurung sempena hari bahagia mereka sebelum ini.
1. Ernie Zakri
Ernie memilih baju kurung putih rekaan Amaze dan dihiasi dengan sulaman tekat benang perak sebagai perincian.
"Amazé menghadiahkan siluet Kurung Pahang buat Ernie, dalam versi lebih kontemporari.
"Kurung berpanel beserta godet di sisi untuk potongan kembang lebih ‘seamless’. Kombinasi sulam tebuk dan diinspirasikan oleh Sulam Tekat yang lebih ‘3-dimensional’ menjadi perincian utama gaya kali ini. Tidak perlu sarat renda, hanya sekadar memaniskan rupa.
"Rona putih polos dipilih, beserta sulaman perak kusam, untuk gaya lebih klasik. Layah juga disulam motif lekuk yang sama, agar tampil lebih senada," demikian kata perekanya Amaze.
2. Ayda Jebat
Turut mengenakan baju kurung sempena hari bahagianya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil lebih manis dengan lilitan hijab.
"Beautiful kurung by @lyndarahimkl. Ni sebenarnya bukan baju sebenar for my nikah, this is baju dari collection Lynda Rahim KL, tak sangka ramai suka!
"Alhamdulillah ada a few orang dah lock this design yang sama for their nikah. Goodluck! Thank you sister @lyndarahim for this last minute penukaran!
"Kak Lynda “Kau biar betul dik nak pakai baju ni? Baju yang kita design & dah siap tu taknak pakai?” Gobok tapi tetap havoc," kata Ayda.
Ayda dan Nabil Mahir telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 1 Januari 2021.
3. Intan Ladyana
Inta Ladyana juga antara selebriti yang menggayakan baju kurung moden ketika majlis pernikahannya bersama Harris Alif.
Pasangan yang berkahwin pada awal Februari lalu itu memilih rekaan daripada Hatta Dolmat.
Intan mengenakan persalinan kurung moden putih dengan potongan labuh dan dipadankan dengan kain potongan duyung dengan train meleret.
4. Farawahida
Tampil manis seperti puteri zaman silam, penyanyi Farawahida mengenakan persalinan kurung moden biru lembut pada hari bahagianya bersama pasangan pada 19 Mac lalu.
Baju rekaan Kay Ibrahim itu turut diperindahkan dengan kain layah panjang bersulam bagi melengkapi konsep tradisional.
Pengantin juga mengenakan cucuk sanggul dan bunga tangan berwarna keemasan bagi menaikkan seri.
5. Noor Nabila
Kakak kepada pengacara popular Neelofa, Noor Nabila juga memilih baju kurung moden berona putih sebagai saksi hari bahagianya bersama Engku Emran.
Pasangan yang selamat dinikahkan pada 19 Mac lalu itu mengadakan dua acara serentak pada hari pernikahan mereka.
Baju kurung moden Noor Nabila juga disuaipadankan mengikut lokasi acara yang berlangsung di masjid dan di rumah keluarganya.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.