,
Laman Utama

#OhAbeNik: Lawanya Nasha Aziz Pertama Kali Berhijab Di Fesyen Show Munawwareen

Amri Hassan
05/10/2022
12:45 MYT
Kemunculan supermodel dan pelakon tinggi lampai, Nasha Aziz mengenakan jubah hijau zamrud di pertunjukan fesyen jenama pakaian muslimah, Munawwareen baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, selain aura luar biasa yang memukau pandangan mata, Nasha, 51, yang beraksi solo di pentas peragaan itu tampil dengan imej bertudung buat pertama kalinya di pentas fesyen.
"Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Aliza kerana memberi kepercayaan kepada saya.
"Saya sebagai insan biasa hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.
"Bagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
"Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun dijemput dalam masa satu minggu, saya bersyukur dapat bersama pasukan yang hebat ini," katanya.

Telekung, jubah, kurta, dres eksklusif Munawwareen

Pada acara pertunjukan fesyen Munawwareen; Sempurnakan Hijrah Cinta itu, sebanyak 21 rekaan dengan 36 helaian pakaian diperagakan. Ia merangkumi segmen Hawa 1 (koleksi telekung), Hawa 2 (koleksi jubah dan abaya), Rijal (jubah dan kurta lelaki) serta Hawa 3 (koleksi jubah dan dres eksklusif).
Semua rekaan itu akan diperkenalkan secara berperingkat mulai bulan ini hingga Mac tahun depan.
Kata Pengarah UrusanMunawwareen Holdings Sdn. Bhd., Datin Aliza Abu Bakar, 21 rekaan yang diperkenalkan meliputi fesyen pakaian wanita, segmen untuk lelaki dan kelengkapan untuk bersolat.
"Kami meraikan perjalanan baharu dalam fasa peralihan endemik ini dengan menganjurkan pertunjukan fesyen kepada semua.
"Walaupun telah dua tahun beroperasi dan pandemik telah menjejaskan perniagaan maka banyak perkara terpaksa ditangguhkan, selepas membuat penstrukturan semula, ini adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kembali perancangan yang telah dibuat sebelum ini," katanya.

Fabrik Munawwareen berkualiti

Tambah Aliza, pakaian muslimah Munawwareen menggunakan fabrik berkualiti selain koleksi tudung pula diserikan dengan aksesori pin dan kerongsang serta butang baju Melayu berasaskan kristal tulen Austria tajaan Wirdora.
"Terdapat banyak pakaian muslimah yang dipasarkan tetapi konsep muslimah sejati tidak sepenuhnya dipraktikkan, sehubungan itu, kami mahu dikenali sebagai identiti fesyen Islamik yang berjaya mengikut landasan syariah," ujarnya.
Pada pertunjukan fesyen itu juga, Munawwareen turut melancarkan lagu rasmi bagi mewakili jenamanya yang berjudul Munawwareen. Lagu ciptaan Hafiz Hamidun itu dinyanyikan oleh Ernie Zakri.
Pemenang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Anugerah Industri Muzik ke-23 itu tampil buat kali pertama memperdengarkan lagu tersebut kepada umum.
Acara itu turut diserikan dengan persembahan daripada Tomok dan Syamel, selain kehadiran beberapa selebriti popular tanah air termasuk Rozita Che Wan, Hawa Rizwana dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.