,
Laman Utama

#OhAbeNik: Intip Dekorasi Dalaman Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Di Putrajaya Sebelum Renovasi RM38.5 Juta

Amri Hassan
02/10/2021
06:48 MYT
Kompleks Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang didirikan di tanah seluas 42.5 ekar kini sedang dibaik pulih.
Menelan kos bernilai RM38.5 juta, proses renovasi bermula pada 29 Mac 2021 melibatkan pelbagai aspek fizikal bangunan berusia lebih 20 tahun itu.
Kerja membaik pulih kompleks berkenaan adalah bagi memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi ketua kerajaan dan imej negara kepada keadaannya yang asal.
Memetik ciapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Twitter, proses renovasi membabitkan kebocoran, sistem pencahayaan yang lama, bumbung serta lantai yang sudah rosak dan usang.
Malah, sistem paip bocor juga menyebabkan perabot 'built in', lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan rosak.
Pendawaian elektrik, pencahayaan, peralatan mekanikal seperti penghawa dingin perlu dibaik pulih bagi mengelak risiko kebakaran.
Interior & eksterior
Pastinya ramai yang ingin tahu bagaimana rekaan hiasan dalaman kompleks terbabit hingga menelan belanja besar untuk proses renovasinya.
Menerusi ciapan di Twitter milik pengendali akaun @datukhensem, struktur dalaman Seri Perdana dikongsikan kepada wargamaya.
Beberapa foto ruang besar seperti dewan VIP, dewan mesyuarat dan dewan bankuet antara yang dikongsikannya.
(Gambar sebelum renovasi) pic.twitter.com/BB8uPERAcJ— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) September 29, 2021 "Cantikkan, luas. Karpet warna-warni.
"Bagai istana di kayangan. Lampu terang benderang berkerdipan. Pasti ramai terpegun dengan keindahan langsir dan kerusi empuk Seri Perdana," tambahnya.
Untuk info, Seri Perdana terbahagi kepada dua blok utama iaitu blok protokol yang terdiri daripada dewan utama tetamu, dewan khas tetamu, ruang menunggu, bilik mesyuarat dan ruang jamuan khas.
Blok keduanya ialah blok bankuet yang terdiri daripada dewan bankuet dan galeri.
Dewan Bankuet boleh memuatkan 200 hingga 300 tetamu pada satu-satu masa, manakala galeri digunakan untuk menempatkan koleksi hadiah, anugerah dan penghargaan yang diberikan kepada Perdana Menteri.
Kedua-dua dewan ini dibuka kepada publik.
Kompleks Seri Perdana juga menempatkan rumah utama Perdana Menteri, Pejabat Pentadbiran, Rumah Kuarters, surau dan dua buah taman.
Kompleks ini dibina pada 1997, mencerminkan keunggulan seni bina, lanskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.
Siapa diami?
Antara pemimpin negara yang pernah mendiami Seri Perdana ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, maklum Tan Seri Muhyiddin Yassin; "Saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang saya berkhidmat sebagai Perdana Menteri."
Milik kita, kebangaan Malaysia!
Foto: pmo.gov.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar