,
Laman Utama

#OhAbeNik: Berhabis Ratusan Ribu Ringgit Renovate Rumah Flat, Ada Kata Tak Berbaloi?

Amri Hassan
06/03/2021
12:30 MYT
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
***
Tempoh PKP menjadi pilihan ramai untuk mendekorasi atau mengubahsuai kediaman masing-masing.
Di Twitter misalnya, pelbagai proses make-over rumah dikongsikan untuk inspirasi dan berkongsi kepuasan sendiri.
Malah, terbaharu pun ada pengguna yang memuatnaik beberapa keping foto mengubah suai kediamannya.
LAWA teruk ??
sebelum & selepas
?Anis Syuhada pic.twitter.com/6uDFZy8Yv4— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) March 1, 2021 Tinggal di rumah jenis flat tidak menjadi halangan untuk pemilik mengubah suai dan menghias kediaman demi keselesaan bersama keluarga.
Namun, yang menjadi toksik apabila nilai pengubah suaian itu yang mencecah harga ratusan ribu ringgit diperlekehkan netizen.
Ada yang menganggap tidak berbaloi dan kediaman jenis flat seakan-akan 'tidak layak' dilaburkan sedemikian rupa (jika dibandingkan dengan keadaan exterior dan fasiliti kawasan terbabit).
Bagi Abe Nik, soal kewangan bertitik tolak daripada pemilik kediaman itu sendiri. Sekiranya mampu, tidak salah pun untuk menghias kediaman sampai puas hati.
Soal di mana kedudukan rumah itu bukan alasan. Banyak saja contoh kediaman yang diubah suai sama ada di dalam dan luar negara dikongsikan oleh pengguna setiap waktu.
Sedikit sebanyak ia menjentik rasa cemburu dan teruja untuk memperoleh kediaman yang sedap mata memandang dan selesa untuk didiami.
Bagi yang mampu boleh saja dapatkan khidmat daripada perunding hiasan dalaman demi hasil yang memuaskan hati.
Namun, seandainya bajet menjadi kekangan, banyakkan bertanya dan membaca. Ada pelbagai rujukan serta cara terbaik termasuk juga tips ringkas untuk mengubahsuai kediaman.
Misalnya di Twitter ini, Abe Nik memuji inisiatif sekeluarga yang mengubah suai dapur basah buat ibu tercinta tanpa mengeluarkan bajet yang besar pun.
Sentuhan sendiri (sekiranya mahir) punyai nilai sentimental yang tinggi dalam sesebuah kediaman.
Full video @ youtube channel Wani Faizun ✌? pic.twitter.com/9eoUXwWJi2— auni ?? (@AuniFaizun_) February 27, 2021 Bagi yang mungkin tiada bajet untuk mengubahsuai atau menghias kediaman, pastikan rumah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. Itu sudah cukup menyemarakkan rasa bahagia dan tenang dalam rumah sendiri.
Rumahku Syurgaku!
Foto: Twitter Auni Faizun, Anis Syuhada
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar