,
Laman Utama

Oh Rupanya ‘Budak Intern’ Dalam 10 Tips Tipu Bini Tu Amy Nur Tinie, Si Ratu Cantik!

Fiza Kamarudin
16/01/2021
11:02 MYT
Mungkin ramai tidak sedar watak pelajar pelatih bernama Eisya dalam 10 Tips Tipu Bini merupakan ratu cantik yang pernah mengharumkan nama Malaysia ketika menyertai Miss Eco International di Kaherah, Mesir, pada Mac 2019.
Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 25, pada tahun lalu diumumkan sebagai Miss Eco International 2019 dan menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
Anak kelahiran Perak yang mahu dikenali sebagai Tinie itu turut memenangi anugerah Best Eco Dress, yang menampilkan rekaan baju bertemakan sirih junjung.
Pertandingan itu juga menyaksikan Malaysia kali pertama berada di tangga lima teratas.
Siapa sangka ‘budak intern’ yang nampak ‘blur’ dalam filem 10 Tips Tipu Bini ini sebenarnya bukan ‘kaleng-kaleng’.
Antara pencapaian Tinie dalam bidang peragaan ialah memenangi beberapa gelaran ratu: Miss Malaysia Kebaya 2016, Juara Projek Bliss Bintang Bliss 2016, Juara Pencarian Ratu Festival Kerja Kahwin Utara 2015, Top 6 Miss Perak Tourism 2015, Juara KBJ Ratu Kebaya 2015, Pemenang Ngam Bersama Clean & Clear 2014, Pemenang Pencarian Model Festival Pengantin Taiping 2014, Pemenang kedua Dream Car Expo Model Search 2014 dan Johan Gadis Metro 2011.
Selain aktif dalam bidang peragaan Tinie juga pernah mengendalikan beberapa program sebagai pengacara sebelum terjun ke dalam bidang lakonan.
Jadi tidak hairanlah jika Tinie berjaya membawa watak Eisya seorang pelajar praktikal yang datang ke syarikat milik Dato’ Dean, Grand Poyo Adevertising & Events.
Eisya berkawan rapat dengan Anna (Elizabeth Tan) dan Sara (Monicca Picca), terpikat dengan Jep (Joey) yang merupakan Art Director di syarikat tempat mereka menjalani latihan praktikal.
Adakah hubungan ‘terlarang’ Eisya dan Jep akan berjaya? Berjaya atau t10 Tips Tipu Bini yang diberikan Brother Love (Datuk Awie) kepada Jep?
Alang-alang duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, langgan filem 10 Tips Tipu Bini di pawagam rumah anda, Astro First sekarang juga!
Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang!
Serius, tak menyesal! 10 Tips Tipu Bini masih nombor satu di carta top 5 Astro First tau!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!