,
Laman Utama

Ogy, Tya Arifin Angkat Kisah Mentua Perangai 'Hantu'

Amri Hassan
19/04/2023
14:50 MYT
Video dimuat pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengundang pelbagai komen warganet.
Lakonan hebat Ogy sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, begitu juga dengan Tya apabila berjaya memperlihatkan sisi berbeza dirinya dalam berkarya.
Video yang dimuat naik sejak 4 April itu sudah mencecah 17.3 juta tontonan di Instagram Tya yang mana ia antara babak yang terdapat dalam drama pendek Saksi Malam Syawal.
Tya berkata, satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.
"Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.
"Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai 'hantu' dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.
"Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan 'kekejaman' mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya's Family," katanya.

Teknik betul

Sementara itu, Ogy berkata, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik betul.
"Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul," katanya.
Menariknya juga, drama pendek ini menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara.

Dua negara

Malah, dalam drama ini Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.
"Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.
"Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu," katanya.
Tonton sampai akhir drama pendek ini kerana ada tawaran istimewa untuk anda berpeluang menang duit raya daripada Tya Arifin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Iklan 4 Tahun Lalu Masih Melekat Di Stesen MRT, RapidKL Beri Respons

gempak
02/07/2024
11:55 MYT
Seorang individu menzahirkan rasa terkejut tatkala melihat satu iklan yang ditampal di pintu masuk koc MRT masih lagi tidak ditanggalkan, sungguhpun iklan berkenaan sudah berusia hampir empat tahun.
Gaya Hidup

"Iklan Guna Bahasa Lucah Disifatkan Keluar Landasan Etika, Akhlak"

gempak
02/07/2024
09:25 MYT
Tindakan sesetengah pihak mengiklankan sesuatu produk menggunakan bahasa lucah disifatkan sebagai keluar dari landasan etika dan akhlak.
Viral

IsteriX Mohon Maaf, TheNoor Nafi Neelofa Terlibat Hasilkan Iklan Berunsur Lucah - "Kami Terima Segala Teguran & Akur Dengan Kesilapan..."

gempak
30/06/2024
04:58 MYT
Syarikat pembangunan aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor, menafikan penglibatan pengasasnya Neelofa dalam penghasilan atau pengedaran gambar iklan berunsur lucah di laman media sosial Instagram, pada Ahad.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.