,
Laman Utama

Ogy Ahmad Daud, Yayasan Ammirul Ummah Wakafkan 10,000 Al-Quran, Bina 6 Masjid Di Indonesia

Amri Hassan
30/11/2022
11:28 MYT
Yayasan Ammirul Ummah (YAU), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diasaskan di Terengganu, melancarkan Program Wakaf 10,000 Naskah Al-Quran bagi mempertingkatkan lagi pembangunan Islamiah di rantau Asia Tenggara.
Program itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan YAU, Ibrahim Ridhwan Ismail serta Premier Volunteer YAU, Seniwati Fauziah Ahmad Daud, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Hulu Kelang.
Turut hadir ramai personaliti terkenal seperti Kismah Johar, S Atan, Sandakiah Aziz, Aiman Badrul dan Zaidi Omar.
Ibrahim berkata, kesemua 10,000 naskah Al-Quran yang mempunyai terjemahan itu akan diwakafkan ke Jawa Barat, Indonesia. Ia sekali gus melengkapkan jumlah 50,000 naskah yang diwakafkan kepada pelbagai pihak bagi tahun 2022 ini.
"Tahun lalu (2021), sebanyak 135,000 Al-Quran telah kami wakafkan kepada umat Islam di Indonesia seperti di Lombok, Sulawesi Utara, Bali, Papua Barat, Maluku dan Riau," jelasnya.
Beliau berkata, segala program kebajikan yang dibuat atau disertai oleh YAU adalah menerusi sumbangan derma daripada individu dan badan-badan korporat.
YAU yang ditubuhkan pada 22 April 2001 telah menjalankan pelbagai program amal bagi membantu masyarakat Islam di Malaysia dan luar negara.
Ia merangkumi program bercorak kemanusiaan, pembangunan sosio-ekonomi dan kesihatan. Ini termasuklah wakaf Al-Quran, wakaf masjid, bantuan bencana alam, sumbangan bakul makanan untuk asnaf dan pelajar miskin serta sumbangan kerusi roda untuk golongan OKU.
Kata Ibrahim lagi, sehingga kini YAU telah membina empat buah masjid di Indonesia dan menyelenggara banyak masjid di sekitar Terengganu dari segi kemudahan tandas-tandas.
"Sebanyak 6 masjid telah siap dibina di Indonesia iaitu Masjid Al Ma'mun di Garut, Masjid Nurul Jihad (Lombok), Masjid Darussalam (Jakarta), Masjid Al Ikhlas (Tasik Malaya), Masjid Az Zikri (Medan) dan Masjid Darul Ibtida (Serang).
"Masjid lain yang sedang dibina adalah Masjid Al Mukarramah di Buton, Masjid Miftahul Jannah (Donggola), Masjid Nurul Mujahidin (Luwu) dan Masjid Miftahussudur (Nusa Tenggara).
"Kos membina masjid di Indonesia adalah sekitar RM300,000 namun di Malaysia kosnya sekali ganda lebih tinggi. Jadi kami lebih fokus kepada penyelenggaraan masjid-masjid di negara kita khususnya di Terengganu," jelasnya yang turut menyalurkan bakul makanan kepada warga Palestin, Sri Lanka selain Malaysia sendiri.
Majlis itu turut menganjurkan Kuliah Dhuha oleh PU Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang tampil berkongsi ilmu yang bermanfaat tentang amalan bersedekah kepada hadirin.
Sebelum ini YAU pernah menerbitkan dua filem pendek dakwah iaitu Iqra' serta Aidil & Atok arahan Fauziah Ahmad Daud.
Sementara itu, orang ramai juga boleh memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat.
Sebarang sumbangan kepada YAU boleh disalurkan ke akaun Maybnk (5630 1927 1201) atau CIMB (8603 3382 18).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.