,
Hiburan

Nyanyian Dikritik Netizen, Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura - “Korang Maki Dapat Apa? Istighfar Banyak-Banyak”

Asyikin Mayudin
06/11/2024
04:25 MYT
Pelakon Abby Abadi tampil mempertahankan penyanyi dan aktres, Nur Fazura yang menyanyikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.

Lagu duet

Pelakon berusia 46 tahun itu berkata, nyanyian Fazura tidaklah seteruk seperti yang diperkatakan segelintir netizen tambahan lagi, lagu tersebut asalnya dinyanyikan secara duet.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampaikan Lagu Bertahan Demi Cinta Secara Live, Netizen Terkedu - "Sedap Part Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura

Malah, Abby memahami tugas Fazura hanya melaksanakan kerjanya apabila diundang ke program berkenaan yang berlangsung di Indonesia, baru-baru ini.

"Okay je, comel Fazura nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan seorang. Lagi pula minus one kosong, kira okay la kan. Bukan pertandingan pun.

"Ramainya yang mencaci, memaki Fazura. Dia ke sana (Indonesia) dipanggil kerja, tentu ada bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis Terkilan Ibu Dituduh Ambil Barang Terlarang, Fazura Tampil Titipkan Pesanan - “Jangan Sedap Menghukum Tanpa…”

"Silap-silap dibayar dengan USD. Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka tu semua benda tak kena, istighfar banyak-banyak,” kongsinya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Nasihat netizen

Pada perkongsian lain pula, Abby menasihati netizen untuk menjaga adab ketika meninggalkan komen agar tidak mendatangkan dosa.

"Nak tulis apa pun, hak masing-masing. Tapi peringatan okay, semua akan mati. Segala perbuatan kita terkait dengan dosa dan pahala.

"Rasa nak maki, caci orang ikut suka hati, tapi sempat tak nak minta maaf nanti?” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura membuat penampilan sulung di sebuah program di Indonesia selepas dia sah bercerai dengan aktor, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Di acara temu bual berkenaan, Fazura turut mempromosikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’, bagaimanapun nyanyiannya mendapat kritikan ramai yang rata-rata mengatakan agak sumbang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar