,
Laman Utama

Nurin Afiqah Ulas Isu Bergambar Dengan Harimau - “Saya Tak Ada Niat Langsung Nak…”

Asyikin Mayudin
31/07/2023
23:45 MYT
Perkongsian foto dan video memperlihatkan pempengaruh dan pelakon Nurin Afiqah bersama suami memberi susu kepada seekor harimau bketika bercuti di Bangkok, Thailand baru-baru ini mengundang kecaman netizen.
Nurin bagaimanapun memberitahu dia tiada niat untuk mendera atau melakukan kekejaman terhadap harimau tersebut memandangkan dirinya seorang pencinta haiwan.
“Sejujurnya saya tak tahu pun benda itu menjadi satu keburukan. Saya pergi sana, sebab saya memang minat dengan haiwan dan sayang sangat semua binantang dalam dunia.
“Jadi, biggest goal saya adalah nak pergi Safari Afrika. Tapi disebabkan masa, paling sempat saya boleh sambut hari lahir saya adalah di Bangkok.
“Saya ternampak gambar orang pegang, harimau dan ambil gambar dengan zirafah yang membuatkan saya rasa nak pergi ke sana. Bila saya pergi sana, saya tak ada niat langsung nak tahu fasal animal abuse.
“Saya ke sana memang nak ambil gambar cantik-cantik dengan haiwan. Bila saya post gambar, baru saya sedar ramai tak setuju. Saya tak ada niat dan tak sokong pun dengan animal abuse,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, tindakan Nurin ternyata mengundang rasa kurang senang orang ramai yang mendakwa haiwan-haiwan tersebut dianiaya dan didera dengan diberikan dadah hanya untuk keseronokan manusia.
Nurin juga sebelum ini pernah dikecam gara-gara memuat naik video dia menelan enam biji suplemen kesihatan dengan sekali teguk air minuman.
Bagaimanapun Nurin menjelaskan dia sudah mendapatkan preskripsi daripada doktor sebelum pengambilan suplemen tersebut.
BACA SINI: Dijual Semurah RM49, Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Koleksi ‘Summer To Remember’ Nurin Afiqah
BACA SINI: [VIDEO] Telan 6 Jenis Pil Kecantikan Sekaligus, Netizen Nasihatkan Influencer Terkenal; “Tak Sayang Buah Pinggang Ke?”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Selamat Ulang Tahun Ke-25 Kak Ngah" - Bapa Arwah Nurin Jazlin Masih Rindu Pelukan Anak, Percaya Masih Hidup

gempak
11/09/2024
07:55 MYT
17 tahun berlalu, kisah kematian tragis kanak-kanak perempuan Nurin Jazlin Jazimin masih basah dalam ingatan rakyat Malaysia.
Laman Utama

Dijual Semurah RM49, Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Koleksi ‘Summer To Remember’ Nurin Afiqah

gempak
29/07/2023
03:55 MYT
Menariknya koleksi terbaharu NADA.
Laman Utama

[VIDEO] Telan 6 Jenis Pil Kecantikan Sekaligus, Netizen Nasihatkan Influencer Terkenal; “Tak Sayang Buah Pinggang Ke?”

gempak
07/12/2022
22:00 MYT
Alamak takut pulak tengok
Laman Utama

Netizen Suruh Bayar Keseluruhan Kompaun RM19,000, Nurin Afiqah; "Saya Bukan La Sengaja Untuk Jatuhkan Sesiapa"

gempak
23/06/2021
07:20 MYT
Saya memang aware pasal kompaun dan terima hukuman ini.
Laman Utama

#OhAbeNik: Ramadan Pun Panas Dengan Kontroversi! Ini 5 Kisah Paling Laris Bualan Netizen

gempak
08/05/2021
04:09 MYT
Siapa paling trending Ramadan ini?