Viral
Nur Nilam Persoal Tindakan Individu Sanggup Buat Sumpah Laknat - “Dia Heret Nama Agama Ke Dalam Cerita…”
Isteri kepada pelakon lagak ngeri, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tampil memberi pandangan mengenai kenyataan seorang usahawan yang sanggup melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dirinya benar.
Sumpah laknat
Nur Nilam menerusi video yang dikongsikan di TikTok mempersoalkan tindakan individu yang menggunakan Allah dalam kemelut yang berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Cik Epal & Jofliam Semakin Meleret, Netizen Mula Rasa ‘Annoying’ - “Allahu, Malunya Bila Anak Besar Nanti…”
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Tutup Buku, Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat - “Saya Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur”
“Ada orang sanggup bersumpah laknat untuk membenarkan kata-kata dan tindakan. Kenapa ya? Kenapa benda ini boleh berlaku? Sebab dia tak dapat melihat kepercayaan manusia kepada dia selain dia menggunakan nama Allah.
“Dia heret nama Allah, dia heret nama agama ke dalam cerita dia. Sedangkan sumpah laknat, bagi saya, sumpah yang sangat gerun, sangat mengerunkan.
“Sebab kita dah masukkan Allah dalam cerita kita, dalam penipuan kita, dalam skandal kita, dalam sengketa kita… sengketa antara manusia dengan manusia, tiba-tiba ‘saya nak buat sumpah laknat, sanggup pegang Al-Quran’.
“Dik, sumpah laknat ini bukan main-main dik. Awak nak menipu, awak menipu la. Tapi jangan masukkan Al-Quran, jangan masukkan agama, jangan masukkan Tuhan dekat dalam cerita tu,” kongsinya.
Pandai nilai
Pada perkongsian yang sama, Nur Nilam yang juga seorang pelakon memberitahu netizen zaman sekarang sudah pandai menilai seseorang yang bercakap benar atau tidak.
“Sekarang ini netizen dah bijak dah, ada banyak ilmu netizen lihat dekat media sosial, ilmu lihat orang NPD macam mana. Ilmu lihat orang cakap benar macam mana.
“Jadi, untuk apa kita nak pertahankan benda yang sebenarnya. Netizen dah tahu, you cakap saja menipu. Ini sampai nak buat sumpah laknat untuk apa.
“Kalau kita dah tahu kita menipu, kita duduk diam-diam. Tak payah nak menegangkan benda yang basahlah. Tak payah nak membetulkan. Kalau betul anda benar, Tuhan akan tunjuk juga.
“Sebab Allah maha kuasa. Tuhan maha kaya, maha adil. Berani ke, sanggup ke, berdepan dengan segala tindakan selepas ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, Nur Nilam tidak memetik nama mana-mana individu dan hanya berkongsi pendapat mengenai sumpah laknat.
Must-Watch Video