,
Laman Utama

Nourul Wahab Luah Rasa Seperti Dipinggirkan Anak, Ajai: “Sebagai Bapa Saya Pujuk Ayu…”

Maliah Surip
14/09/2023
10:50 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai memberitahu enggan masuk campur mengenai perselisihan faham di antara bekas isterinya, Nourul Wahab dan anak gadis hasil perkahwinan mereka dahulu, Ayu Nazirah.
Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas juga berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan kerana menyifatkan perselisihan faham di antara ibu dan anak adalah perkara biasa.
Perselisihan faham tersebut dikongsikan oleh Nourul menerusi hantaran di akaun Instagram milik penyanyi lagu Kerana Terluka, baru-baru ini.
Nourul menerusi perkongsiannya memberi bayangan seperti berkecil hati dengan tindakan anaknya, Ayu tanpa memperincikan butiran perselisihan faham yang tercetus.
“Daripada saya itu adalah hal peribadi di antara ibu dengan anak. Merajuk (Nourul dan Ayu) itu sebenarnya sudah biasa sangat.
“Saya kira itu perkara standard (perselisihan faham) antara ibu dan anak.
“Biasalah kalau Ayu bergaduh dengan maknya, dia akan mengadu kepada saya. Kalau Ayu berselisih faham dengan saya, dia mengadu dengan maknya. Biasalah itu,” kata Ajai sewaktu ditemui pada majlis sidang media Exists X Orkestra di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.
Ajai, 48, kemudian menjelas, sebagai bapa dia menasihati Ayu untuk berbaik dengan bekas isterinya.
“Sebagai bapa saya pujuk Ayu. Bila merajuk atau berselisih faham dengan mak, minta maaf. Kena hormat ibu kerana itu syurga kamu dan darah daging kamu,” tambahnya lagi.
Sementara itu Ajai juga menafikan status ibu baru yang dimaksudkan Nourul dalam hantaran tersebut bukan merujuk kepada isterinya sekarang, Liza Ilias.
“Bukan, dia bukan maksudkan isteri saya sekarang, Liza, bukan. Itu orang lain,” katanya lagi.
Terdahulu Nourul berkongsi foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan anaknya sekitar 23 tahun lalu sehingga kini seperti terasa hati kerana anaknya didakwa seakan meminggirkannya dan telah mempunyai ‘ibu baharu’.
Kredit foto: Nona & Instagram Ajai
BACA: "Bukan Sombong, Tapi Saya Tak Buat Review Semata Nak Buat Duit" - Nourul Depp​
BACA: [VIDEO] “Merangkak Kamu Di Sana Mencari Aku” - Nourul Depp Enggan Maafkan Netizen Kecam Dirinya Raikan Hari Natal​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.