“Not Bad Tak Kayu Sangat, Maybe Sebab…” - Wow Ramai Puji Lakonan Aisar Khaled Dalam Hantu Ke Lima?
Filem Hantu Ke Lima dianggap unik oleh sesetengah penonton kerana ia menggabungkan barisan pelakon lama dan baru.
Menerusi pemantauan Gempak di beberapa platform media sosial, ramai sebenarnya yang menyukai kehadiran dua selebriti media sosial iaitu Aisar Khaled dan Coki.
Malah, rata-rata tidak menyangka lakonan Aisar agak bagus memandangkan dia masih baru dalam bidang lakonan.
“Takdelah kayu sangat dia ni, not bad la first timer”.
“Aisar surprisingly tidak kaku, maybe sebab dia ada Shiha dan Izzue support dalam filem ni”.
“Aku excited sebenarnya nak tengok Aisar berlakon, muka kacak boleh pergi, tapi boleh ke dia berlakon,” tulis beberapa netizen.
Apapun jika anda belum saksikan Hantu Ke Lima, jangan lupa tontonnya di ‘pawagam rumah anda’ Astro First.
Sekadar info filem berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.
Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.
Pada masa sama, TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur.
Namun mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik.
Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.
Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di ‘pawagam rumah anda’, Astro First hari ini.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.