,
Berita

Nora Danish Failkan Saman Terhadap Fasha Sandha, Blogger

Rozaimi Zubaidi
12/05/2017
16:01 MYT
Nora Danish telah memfailkan saman fitnah terhadap Fasha Sandha hari ini.
Tindakan itu diambil ekoran kenyataan tidak tepat yang ditulis oleh Fasha di Instagram miliknya semalam.
"Kerosakan sudah dibuat dan saya menerima impak teruk terhadap perniagaan dan maruah keluarga saya.
"Jadi saya telah mengupah peguam dan tindakan undang-undang telah diambil atas tuduhan fitnah yang dibuat terhadap saya," katanya.
Nora juga menjelaskan kejadian yang berlaku bukan berunsur sabotaj dan dia tiada masalah untuk berjumpa dengan pihak Fasha.
"Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan dia (Fasha).
"Malah saya juga sangat bersedia untuk naik turun mahkamah jika perkara ini berlarutan," kata Nora ketika sidang media tergempar di Publika sebentar tadi.
Nora turut mengambil tindakan saman terhadap seorang blogger yang didakwa bertindak melampau dengan mengemaskini status berbaur fitnah dan berat sebelah.
"Kenyataan itu bersifat melulu dan memberikan reputasi tidak elok kepada saya, keluarga dan perniagaan saya.
"Mungkin akan ada sidang media seterusnya selepas ini tetapi saya tidak akan memberikan kenyataan lanjut lagi kerana ia membabitkan urusan undang-undang," kata pemilik jenama Owl by ND itu.
Perbalahan di media sosial antara Fasha dan Nora tercetus sejak semalam apabila Fasha mula mengemaskini status berserta foto di Instagramnya.
Dakwa Fasha ada artis yang jenamanya turut terbabit dalam pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 akan menarik diri sekiranya dia hadir ke acara terbabit pada Rabu lalu.
Suami Nora, Nedim bagaimanapun bertindak mempertahankan isterinya dalam kemaskini sekeping foto berserta status.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Hiburan

Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

gempak
18/07/2024
04:25 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.
Hiburan

Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

gempak
17/07/2024
03:02 MYT
Pelakon, Nora Danish menganggap hantaran Insta Story aktres Zarina Anjoulie merindui bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sebagai luahan seorang kawan yang merindui sahabat lamanya.