,
Hiburan

Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video

Asyikin Mayudin
12/08/2024
12:47 MYT
Teka-teki mengenai rumah tangga Datuk Nora Ariffin yang dikatakan goyah akhirnya terjawab apabila penyanyi itu telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli.
Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menerusi laman Instagram, pada petang Isnin.
"Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah," lafaznya.
Memilih untuk menutup ruang komen, Nora bagaimanapun melahirkan rasa syukur apabila segala urusan sudah selesai dan menganggap hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi.
“Alhamdulillah. Selesai. Allah saja yang tahu,” tulisnya secara ringkas di perkongsian tersebut.
Spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.
Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.
Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.
Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Hiburan

Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

gempak
11/09/2024
09:47 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan perpisahan yang berlaku antara dia dan bekas suami sebelum ini bukanlah di atas kerelaan dirinya.
Hiburan

"Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada

gempak
14/08/2024
11:33 MYT
Setelah beberapa hari mendiamkan diri, penyanyi Datuk Nora Ariffin akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan berhubung status rumah tangganya dengan Dr Rushdi Ramli.