Hiburan

Noorkhiriah Tawar Bantuan Untuk Individu Berdepan Masalah Melibatkan Jenazah ‘Ditahan’ - “Bab Meninggal Dunia Ini Bukan Perniagaan Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
21/12/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Noorkhiriah Tawar Bantuan Untuk Individu Berdepan Masalah Melibatkan Jenazah ‘Ditahan’ - “Bab Meninggal Dunia Ini Bukan Perniagaan Tapi…”
Pelakon Noorkhiriah menawarkan bantuan untuk mana-mana individu yang berdepan masalah menguruskan jenazah menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan olehnya.

Sumbangan orang ramai

Menawarkan perkhidmatan percuma bagi individu memerlukan, Noorkhiriah berkata dia akan menggunakan sumbangan daripada orang ramai untuk memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.

"Assalamualaikum minta maaf dulu takut salah tulis. Soal tahan-tahan jenazah, scam jenazah tak boleh bawa keluar ni saya nak beritahu andai terjadi pada korang marilah cari Pertubuhan Amal Nur by Khiriah.

"Percuma dari A sampai Z (seluruhnya). Baru-baru ini ada kes jenazah kena tahan. Alhamdulillah duit sumbangan korang (netizen) itulah pihak saya guna. Besar pahala korang," katanya.

Soal kematian

Pada perkongsian itu juga, pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie ini menjelaskan soal kematian bukan dianggap sebagai perniagaan sebaliknya ia fardhu kifayah.

"Bahagian saya tak ada apa semuanya team yang uruskan. Kalau tiada sumbangan korang tak bergerak jauh setakat depan belakang sahaja (perumpamaan).

"Bab meninggal dunia ini bukan perniagaan tetapi fardhu kifayah. Nak cakap lebih saya pun tak tahu, tapi nak pesan pertubuhan ini percuma untuk semua tidak mengira bangsa selagi beragama Islam," ujarnya.

Mohon doa

Pelakon berusia 46 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang memberikan sumbangan dan memohon doa agar usaha yang dilakukan oleh pasukannya akan berjalan lancar.

"Meninggal dunia sakit apa pun team akan bantu. Kita bersaudara. Terima kasih kepada yang menyumbang seikhlas hati semampu dan seadanya.

"Alhamdulillah terima kasih doakan usaha ini dipermudahkan Allah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital Biasanya Lepaskan Jenazah Kepada Waris Walau Ada Tunggakan

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital Didakwa ‘Spin’ Isu Simpan Mayat Bayi, Aktivis Wan Cai Tampil Dengan Bukti - “Doktor Lupa Ada Saksi Mata Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bedah, Beku & Awet Perbuatan Sakiti Jenazah, Hukum Haram Kecuali Terdesak

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024