,
Laman Utama

Noh Salleh, Yonnyboii, Masdo Bakal ‘Kasi Pecah’ Havoc Midnight Concert!

Amri Hassan
22/08/2022
10:13 MYT
Tidak ada yang lebih havoc apabila beberapa kugiran dan band tempatan yang menjadi kegilaan ramai akan bersama dalam satu panggung.
Apa lagi persembahan persembahan ‘gila’ mereka sudah lama tidak dilihat secara langsung kerana pandemik COVID 19 yang melanda dunia.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Firdaus Nadxaman festival muzik Havoc Festival ini pastinya sukar dilupakan oleh peminat industri muzik tempatan.
"Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap KClique sehingga dendangan legenda kita, Noh Hujan, semuanya akan anda perolehi pada satu malam.
"Jadi jangan sampai terlepas kerana ada tiga venue yang menanti anda untuk dihiburkan!" ujarnya.

Artis popular buat persembahan

Havoc Festival yang sudah memasuki edisi keenam tahun ini akan menghangatkan pentas menerusi Havoc Midnight Concert yang dibarisi artis hebat antaranya Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique.
Lokasi pertama akan berlangsung di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor selama dua malam berturut turut iaitu 3 dan 4 September 2022 ini.
Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka pada pukul 10 sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 untuk Early Bird di Normal Zone, RM109 (Early bird) di Rock Zone, Combo Rock Zone RM199 dan Combo Normal Zone dengan harga RM120.
Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.

Konsert di Melaka & Johor juga!

Paling menarik, jika kalian bakal terlepas persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui anda di MITC Melaka pada 4,5 dan 6 November 2022 depan.
Selanjutnya, barisan pemuzik yang cukup berkaliber dan punya banyak peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini akan menutup karnival Havoc di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru.
Lebih mengujakan, Havoc Midnight Concert ini akan diadakan pada dua malam terakhir sebelum 2023 iaitu 30 dan 31 Disember.
Jangan terlupa untuk hadir ke Shah Alam, Selangor, MITC (Melaka) dan Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru (Johor).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.