,
Gaya Hidup

“No Short Cut Untuk Berjaya!” – Shaheizy Sam Kongsi Tips Sado Dalam Masa 10 Bulan

Fiza Kamarudin
06/11/2017
09:28 MYT
Bintang Utama Polis Evo (PE), Shaheizy Sam mengakui mengambil masa sekurang-kurangnya 10 bulan untuk mendapatkan bentuk badan kekar seperti sekarang.
Sam ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia memulakan senaman sejak akhir tahun 2016 dan menjadikan ia sebagai rutin selain mengawal diet hariannya.
“Tiada jalan singkat untuk berjaya. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti sekarang fokus dan semangat yang paling utama.
“Biarpun ada yang menuduh saya mengambil barang terlarang untuk sado, hanya saya sahaja yang tahu cabarannya selama hampir setahun ini,” katanya.
Dalam pada itu Sam tidak lokek berkongsi tips dengan pembaca Astro Gempak yang ingin menjalani gaya hidup sihat dan membina otot sepertinya.
Tips sado dikongsi Sam kepada anda semua:
1) Minum black coffee tanpa gula setiap hari selepas bangun daripada tidur 2) Selepas minum black coffee lakukan senaman kardio selama 30 minit sehingga 1 jam untuk memastikan lemak-lemak badan dibakar sebelum memulakan hari seperti biasa 3) Lakukan weightlifting bermula 9 malam setiap hari untuk maintain otot badan 4) Sebelum mula build up muscle, Sam mengamalkan pengambilan karbohidrat dan protein dalam hidangan makan pagi dan tengahari 5) Makan makanan bersumber protein seperti ayam dan ikan setiap 3 hingga 4 jam sekali dan kurangkan makan malam 6) Elak makanan berminyak dan minuman bergula serta kurangkan garam dalam setiap hidangan 7) Makan nasi, tetapi hanya beras perang 8) Cheat day: Makan apa sahaja yang teringin nak makan, tapi seminggu sekali sahaja *Untuk langkah 1 hingga 8, rutin senaman diteruskan seperti biasa* 9) Selepas mendapat bentuk badan seperti sekarang, Sam mula mengambil menu berat sekali sahaja selepas senaman kardio setiap pagi dan banyakkan fiber dalam hidangan tengahari serta elak makan pada waktu malam. 10) Mengawal kalori iaitu dengan memastikan pengambilan kalori di bawah 2000 setiap hari untuk memastikan lemak di badan berkurangan atau maintain di level sama *Boleh dapatkan personal trainer jika mahu/perlu*
Bercakap mengenai bentuk badannya yang kelihatan lebih kurus berbanding dahulu, Sam memberitahu berat badannya tidak turun dan masih sama.
“Berat badan saya maintain, tak turun...Mungkin kerana lemak dahulu dah bertukar menjadi muscle.
“Pesan saya kepada semua, jika mahu berjaya antara cabaran yang perlu dilalui ialah tahan makan makanan yang sedap-sedap dan tinggi kalori.
“Saya mengakui itu cabaran mental yang paling susah untuk saya,” katanya yang pernah mengalami kecederaan ketika latihan angkat berat pada Mac lalu.
Kecederaan tersebut juga menyebabkan Sam terpaksa berhenti melakukan latihan angkat berat selama tiga bulan dan lebih berhati-hati selepas itu.
Tambah Sam lagi, bentuk badannya kini turut menjadikan dirinya seorang yang lebih fit dan lebih mudah baginya untuk melakukan aksi stunt dalam filem Polis Evo 2.
Dalam perkembangan lain, Sam sedang menjalani penggambaran PE 2 yang dijangka menemui penonton di seluruh Malaysia pada tahun hadapan.
Foto: Instagram Shaheizy Sam, Hairul Azreen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar