,
Hiburan

Nizam Jentik Jentik Saksi Kemalangan Maut, Menangis Sampaikan Berita Kematian - "Puan... Suami Puan Ada Dekat Dengan Saya"

Amri Hassan
03/07/2024
20:55 MYT
"Eh, suami saya mana? Saya rasa tidak sedap hati, itu yang tergerak hati nak telefon," demikian kata-kata pertama daripada wanita yang merupakan isteri kepada mangsa kemalangan maut berhampiran Kolej Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Itu merupakan perbualan yang dikongsikan pelawak Nizam Jentik Jentik di Facebook ketika mengimbas kembali detik menjawab panggilan telefon daripada isteri Allahyarham Muhammad Firdaus Abd Rahman.
Kata Nizam, perasaannya luluh dan sebak menjadi saksi kematian penunggang motosikal bersama sebuah treler itu.
"Saya menjadi antara yang terawal nampak dan berada di lokasi kemalangan itu. Saya turun memayungi mangsa sebab keadaan panas terik ketika itu. Ada beberapa penunggang motosikal juga membantu mengawal lalu lintas.
"Kami cuba memastikan segala barang penting mangsa, seperti telefon bimbit dan dompet, berada dalam jagaan rapi. Kami tidak dapat menghubungi waris kerana tiada nombor kecemasan tertera di telefon (ini penting).
"Tiba-tiba telefon mangsa berdering dan tertera 'My Lovely Wife'. Allahuakbar. masing-masing tidak berani mengangkat, tetapi saya memberanikan diri mengangkatnya.
"Saya menjawab, 'Assalam puan…' Dia membalas, 'Eh, suami saya mana? Saya rasa tidak sedap hati, itu yang tergerak hati nak telefon'. Dengan hati yang berat dan sebak, saya khabarkan, 'Puan, suami puan ada dekat dengan saya, dia terbabit dalam kemalangan puan'." katanya.
Nizam kemudiannya dimaklumkan bahawa lelaki itu baru selesai menghantar anaknya ke sekolah petang.
"Saya menghantar pesanan WhatsApp untuk kepastian. Gambar profil menunjukkan anak mereka dua orang masih kecil lagi. Allahuakbar, menitik terus air mata saya," katanya.
Sebelum itu, Nizam cuba mendapatkan bantuan kecemasan malah beberapa orang di situ membantunya memeriksa keadaan mangsa sebelum disahkan sudah meninggal dunia.
Berdasarkan rakaman video daripada kamera papan pemuka (dashcam) seorang pemandu di lokasi kemalangan, mangsa dilihat merempuh bahagian belakang sebuah lori yang membelok ke kiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.