,
Laman Utama

Nikita Mirzani Beri Minyak Masak Percuma Kepada Masyarakat: “Tak Payah Puji…”

Maliah Surip
25/03/2022
07:20 MYT
Bintang sensasi Indonesia, Nikita Mirzani memang terkenal dengan sikap dermawan. Walaupun dilihat sering menimbulkan masalah dan suka ‘cakap lepas’ di media sosial, namun Nikita menjadi salah seorang bintang republik tersebut yang selalu ambil peduli dengan keadaan semasa.
Terkini, Nikita mengumumkan akan memberikan minyak masak secara percuma kepada masyarakat setempat. Usaha itu dilakukan demi meringankan beban dan menyelesaikan masalah rakyat yang kehabisan barang keperluan asas tersebut apabila Indonesia kini mengalami masalah kekurangan minyak masak.
Melalui Instastorynya, Nikita memperlihatkan berkotak kotak minyak masak dengan keseluruhan jumlah 500 bungkus berkapasiti 2 liter siap dibagikan kepada masyarakat.
“Okay sesuai janji, 500 bungkus minyak 2 liter sudah ada di rumah. Yang akan dibagikan secara percuma.
“Tak ada peraturan, tak payah follow (media sosial). Tak payah puji,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.com.
Pada masa sama bintang filem Nenek Gayung itu juga sempat menyindir para usahawan kaya yang diberi julukan Crazy Rich dengan menilai yang diperlukan masyarakat saat ini bukan kulit glowing tapi wajah glowing atau minyak goreng.
Hal itu lantaran banyak usahawan yang menjalankan skim perniagaan dengan memberikan produk percubaan secara percuma.
“Masih ada yang di dalam truk. Ini bukan minyak yang disponsor. Saya beli pakai duit sendiri,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.