,
Laman Utama

‘Nikah’ Ogos Lalu, Lesti Kejora Selamat Lahirkan Bayi Sulung Tak Cukup Bulan

Maliah Surip
27/12/2021
09:43 MYT
Penyanyi dangdut Lesti Kejora selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan pelakon Rizky Billar. Berita baik itu diumumkan oleh Rizky menerusi akaun Instagramnya.
Menurut laporan Viva.co.id, Lesti telah melahirkan seorang bayi pra matang pada usia 34 minggu, 26 Disember lalu.
Kelahiran tersebut adalah awal dari jangkaan iaitu pada akhir bulan Januari atau awal Februari 2022. Lesti bagaimanapun dilaporkan perlu melahirkan anak sulungnya lebih awal kerana masalah kesihatan.
“Selepas pemantauan, bayi harus dikeluarkan segera demi keselamatannya dan Lesti. Alhamdulillah bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat, lengkap tanpa kurang apa satupun.
“Dan tangisannya yang pecah menghiasi ruangan persalinan malam itu melengkapi kebahagiaan kami yang juga tidak dapat membendung air mata jatuh dari kedua mata kami. Itulah berita bahagia yang ingin saya sampaikan,” tulis Rizky bersama sekeping foto jarinya memegang jari anaknya.
Sementara itu menerusi saluran Youtube milik mereka, doktor yang menyambut kelahiran anak pasangan selebriti terkenal Indonesia ini menceritakan, dia dihubungi ibu Lesti pada 23 Disember lalu selepas melihat keadaan anaknya kurang baik.
“Ibu Lesti menghubungi saya pada 23 Disember mengatakan anaknya kepenatan dan mungkin terdapat komplikasi pada kandungan.
“Setelah diperiksa, ternyata dia mengalami kontraksi yang agak tinggi dan memerlukan pemantauan yang lebih rapi.
“Namun selepas melihat keadaan semasa, dia memang akhirnya perlu melahirkan lebih awal dari waktu jangkaan bersalin,” jelas Doktor Puspa dari Rumah Sakit Bunda.
Lesti diketahui selamat melahirkan seorang anak lelaki dengan berat 2.2 kilogram.
Terdahulu perkahwinan pasangan ini sempat menimbulkan kontroversi apabila pengguna media sosial perasan bentuk tubuh dan perut Lesti kelihatan besar sewaktu majlis pernikahan yang berlangsung pada Ogos lalu.
Kontroversi mengenai kebarangkalian Lesti hamil di luar nikah pun bertebaran sehingga Rizky akhirnya mendedahkan mereka sebenarnya telah menikah awal tahun ini dan ‘merasmikan’ perkahwinan pada Ogos lalu untuk tatapan umum.
Instagram: @rizkybillar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Unitar